Apa status TV
pendidikan, mana hala tuju bawah Radzi Jidin, soal PH
-
May 23, 2021
Pakatan Harapan bertanya apakah semua 800 kandungan TV
Pendidikan telah selesai atau terpaksa ditangguhkan lagi? (Gambar Bernama)
PETALING
JAYA: Pakatan Harapan (PH) mendesak Kementerian Pendidikan menjelaskan status
kontrak bagi rancangan TV pendidikan bernilai RM1.9 juta untuk menghasilkan 800
kandungan, yang sepatutnya selesai dua bulan lalu.
Jawatankuasa
Pendidikan PH dan Parti Pembangkang menyatakan bahawa projek itu sebelum ini
dilanjutkan dari 30 November hingga 31 Mac tahun ini, selepas syarikat terlibat
tidak dapat menyiapkan kandungan tersebut dalam tempoh ditetapkan.
“Apakah
semua 800 kandungan tersebut telah selesai? Atau terpaksa ditangguhkan lagi?
“Jika
benar, berapa lama kerajaan membenarkan penangguhan tersebut?” soal PH dalam
kenyataan.
Berikutan penundaan itu, PH bertanya apakah kerajaan membayar
kos tambahan kepada syarikat tersebut.
PH juga mempersoalkan mengapa kementerian pendidikan memutuskan
untuk menyiarkan jaringan pendidikannya DidikTV di NTV7 Media Prima, sedangkan
ia dapat melakukannya di RTM secara percuma.
Memandangkan ia adalah syarikat swasta, PH mempersoalkan berapa
banyak kementerian membayar Media Prima selama 17 jam siaran setiap hari.
“Apakah rasional dan keuntungan bagi rakyat dan KPM untuk
membuat bayaran siaran kepada DidikTV pada saat kerajaan boleh menggunakan
fasiliti siaran TV kerajaan pada saat darurat ini?”
PH berkata, kandungan yang sama belum dimuat ke platform
pendidikan Delima dan EduwebTV, walaupun kelas dalam talian sudah dimulakan
bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.
“Berapakah bilangan penonton DidikTV sehingga kini? Apakah
berbaloi puluhan juta ringgit duit rakyat dilaburkan berbanding bilangan
penggunanya?
“Apa yang pasti semuanya kabur dan masih tidak jelas. Akhir
sekali, kami ingin bertanya ke manakah hala tuju TV Pendidikan bawah Menteri
Pendidikan Radzi Jidin?”