BOB KELANANG
Menteri Kluster Keselamatan Ismail Sabri Yakob akan mengumumkan
sekatan SOP Covid-19 yang lebih ketat pada sidang akhbar hari ini, maklum
Pejabat Perdana Menteri (PMO). Kenyataan PMO selepas mesyuarat Majlis
Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
semalam.
"Mengambil kira perbincangan dan penelitian dalam Sidang
Khas semalam, mesyuarat sebulat suara bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan
PKP 3.0 yang sedang berkuatkuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke
atas sektor ekonomi dan sosial.
"Sidang Khas semalam turut melibatkan kerajaan negeri bagi
mengambil kira situasi semasa di negeri masing-masing serta pandangan mereka
terhadap usaha untuk mengekang penularan Covid-19.
"Perincian mengenai sekatan tambahan ini akan diumumkan
dalam sidang media Menteri Kanan Pertahanan hari ini 22 Mei 2021,"
katanya. Negara terus mencatat kenaikan jumlah kes baru dan kematian Covid-19
mendorong desakan supaya Putrajaya mengenakan PKP penuh serupa dengan yang
pernah dikenakan pada awal wabak Covid-19, Mac tahun lalu.