VIDEO KHAIRI JAMALUDIN MENJAWAB VIDEO KETUA PEMBANGKANG

 

HAMZAH RIE NA


Siapa yang terkedu sekarang wahai para lebaiaun? Sebelum nak meyokong periksa dahulu dan lihat dahulu sejarah si KJ tu. Tapi mcm Kita semua ketahui Pas cerdik maka kiamat lah dunia ni!

 ULASANMay be a Twitter screenshot of 1 person and text that says "Ustaz Idris Ahmad @us... ・11h... Tahniah YB KJ yang menjawab dgn padu dan pantas, tuduhan DS Anwar, LGE &CM Penang isu vaksin. Terkedu habis. Hebat 59 34 149"

 

VIDEO KHAIRI JAMALUDIN MENJAWAB VIDEO KETUA PEMBANGKANG 

 

Oleh Hassan Abdul Karim

 

Malang bagi Malaysia. Bangunan Parlimen 17 tingkat senyap dan  sunyi. Dewan Rakyat dan Dewan Negara terkunci pintu-pintunya.

 Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan platform media sosial melalui video untuk meluahkan fikirannya terhadap program vaksinasi kebangsaan terutama dari segi proses pemerolehan vaksin itu dari luar negara.

 Kemudian, Menteri Sains dan teknologi (MOSTI) yang mengetuai Program Vaksinasi Kebangsaan, Khairi Jamaludin yang bertanggungjawab dalam mendapatkan vaksin tersebut dari para pengeluarnya telah menjawab dakwaan Ketua Pembangkang. Juga melalui video yang kemudian tular di internet untuk tatapan warga nitizen.

 Kalaulah  kita boleh anggap kedua-dua video, sama ada video Anwar Ibrahim dan Video Khairi Jamaludin yang disebut di atas tadi dikira sah dan tulen serta jelas dan terang, tiada sangsi-sangsi lagi dan boleh dianggap keterangan yang boleh diterima pakai, bukannya hanya dengar cakap atau hearsay, maka terjawab juga kerinduan rakyat Malaysia akan perdebatan yang menarik antara dua tokoh tersebut, Ketua Pembangkang dan Menteri MOSTI. 

 Sepatutnya perdebatan berkualiti ini berlangsung di dalam Parlimen, bukannya di alam maya melalui video.Tetapi dalam keadaan tiada rotan, maka akar pun berguna, maka saya cuba mengulas tentang apa yang Menteri Khairi Jamaludin katakan sebagai pembelaannya terhadap dakwaan Ketua Pembangkang.

 Khairi menyatakan beliau telah menghadiri pendengaran di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan Parlimen (Public Account Committee atau PAC) bagi menjelaskan secara terperinci berkaitan proses pemerolehan vaksin, seperti soal harga, syarikat yang terlibat, jenis vaksin dan kontrak perjanjian. Saya boleh mengesahkan pernyataan Khairi itu benar, kerana saya hadir di Parlimen sepanjang sidang bulan Disember 2020 itu, walaupun saya bukan anggota PAC.

 Tetapi satu perkara yang Khairi Jamaludin lupa memberitahu orang ramai melalui videonya itu, ialah, bahawa Laporan pendengaran berkenaan pemerolehan Vaksin dihadapan PAC itu tidak dibentangkan di dalam Dewan Rakyat kerana Parlimen telah digantung kemudiannya dan PAC tidak dibenarkan bersidang sepanjang penggantungan parlimen tersebut sehingga sekarang. 

 Jadi ahli-ahli Parlimen dan orang awam tidak dapat membaca dan meneliti Laporan PAC yang amat penting itu. Inilah satu kesan buruk dari penggantungan Parlimen. Maka penjelasan Khairi Jamaludin di dalam videonya itu hanyalah bersifat penjelasan sepihak sahaja tanpa Ketua Pembangkang dapat memeriksa Laporan PAC yang tidak sempat dibentangkan itu,  akibat Parlimen digantung. Saya boleh mengesahkan bahawa Laporan PAC itu tidak dibentangkan di Parlimen kerana saya berada di dalam Dewan Rakyat sehingga hari terakhir  persidangan. Tidak ada Laporan PAC tersebut dibentangkan.

 Walaupun sudah terlambat, tetapi saya percaya demi kebaikan rakyat dan negara, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya segera membuka sidang Parlimen, sekurang-kurangnya khusus untuk isu pemerolehan vaksin, program vaksinasi kebangsaan dan perang menamatkan Pandemik Covid-19.

 Saya percaya Khairi Jamaludin sebagai Menteri yang bertanggungjawab bersedia untuk menghadapi ahli-ahli Parlimen bagi menjelaskan beberapa perkara yang mendesak sekarang, antaranya, pertama, isu mempercepatkan penglibatan kerajaan negeri dalam pemerolehan vaksin. Kedua, isu berkenaan peranan penting sektor swasta untuk membantu meringankan beban kerajaan dalam mendapatkan vaksin untuk para pekerja mereka. Ketiga, Menteri MOSTI itu dapat berkongsi pandangan dan menerima pandangan balas dengan ahli parlimen berkenaan roadmap program vaksinasi kebangsaan.

 Saya percaya, dalam soal pemerolehan vaksin, program vaksinasi kebangsaan dan perang mengalahkan pandemik Covid-19, Menteri Khairi Jamaludin, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan semua ahli parlimen, baik kerajaan Perikatan Nasional, pembangkang (Pakatan Harapan) ataupun bebas tanpa parti akan berdiri bersama-sama sebagai patriot Malaysia yang sanggup ketepikan politik sempit, pandangan sektarian yang tersisih serta ideologi yang tersasar,  secara bipartisan sedia untuk bekerjasama demi rakyat dan negara. 

 Ini satu usaha united front melawan musuh bersama. Masih belum lagi terlambat. Jangan terlepas peluang yang amat penting ini untuk selamatkan nyawa rakyat.

 

Sekian

 

Hassan Abdul Karim,

Ahli Parlimen Pasir Gudang

21 Mei 2021 (Jumaat)

 

No comments: