APA PUN CERITA DIA ...MEMANG LEMBAB KERAJAAN TEBUK ATAP NAK SELESAIKAN...

 

COVID-19: 8.2 juta vaksin Sinovac bakal dibekalkan bulan depan - Ismail Sabri


Eton Khir
COVID-19: 8.2 juta vaksin Sinovac bakal dibekalkan bulan depan - Ismail Sabri
Komitmen yang diberikan Pharmaniaga sekali gus menyangkal dakwaan bahawa negara berhadapan dengan kekurangan bekalan vaksin susulan peningkatan kes COVID-19. - Gambar hiasan REUTERS
KUALA LUMPUR: Syarikat farmaseutikal Pharmaniaga akan membekalkan 8.2 juta dos vaksin Sinovac kepada kerajaan menjelang akhir Jun ini.
Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, komitmen yang diberikan syarikat itu sekali gus menyangkal dakwaan bahawa negara berhadapan dengan kekurangan bekalan vaksin susulan peningkatan kes COVID-19.
Beliau berkata, Pharmaniaga telah mengadakan perjanjian dengan syarikat pembekal vaksin Sinovac dari China sejak Januari lalu untuk membekalkan 12 juta dos.
“Kilang ini (Pharmaniaga) mampu untuk membotolkan sebanyak 500,000 botol vaksin Sinovac untuk setiap minggu" kata beliau dalam sidang selepas mengadakan tinjau proses pembekalan vaksin di kilang Pharmaniaga Lifesciene Sdn Bhd di sini, pada Ahad.
ambah beliau lagi, sehingga Sabtu, kilang Pharmaniaga telah menyempurnakan 1.8 juta dos vaksin untuk edaran.
Daripada jumlah itu, beliau berkata, lebih 290,480 dos telah diedarkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak 11 Mei lalu.
"Kilang ini botolkan (fill and finish) sebanyak 1.8 juta botol dan akan siap dua juta botol lagi pada akhir Jun. Maknanya pada akhir Jun, (kita) akan ada 3.8 juta botol," katanya ketika sidang media dalam talian.
Jumlah itu juga, jelas beliau, tidak termasuk 4.4 juta dos vaksin yang diimport dari China.
Kerajaan, kata Ismail Sabri telah mengimport 1.4 juta dos vaksin yang sudah diterima dan bakal menerima lagi tiga juta dos pada akhir Jun.
Selain itu, katanya, tiga juta lagi dos vaksin Sinovac akan tiba pada Julai depan manakala baki tiga juta pada bulan Ogos menjadikan keseluruhan jumlahnya 10.4 juta dos vaksin.


No comments: