MENTERI AGAMA NI PATUT DIPECAT.DATUK K DAN SITI DI DENDA 10K. MANA ADIL

 

Langgar SOP: Siti Nurhaliza dikompaun RM10,000, menteri agama RM2,000



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Antara gambar majlis tahnik diadakan Siti Nurhaliza di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang, pada 26 April lalu yang tular di media sosial. (Gambar Instagram)

PETALING JAYA: Penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Khalid Mohamad Jiwa, masing-masing dikompaun RM10,000 susulan pelanggaran SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika majlis tahnik anak kedua mereka, baru-baru ini, kata Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata, turut dikenakan kompaun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad dan penceramah bebas Azhar Idrus, Don Daniyal serta ustaz Iqbal, masing-masing RM2,000.

“Tiga anak Khalid turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, dilaporkan berkata siasatan terhadap selebriti dan suaminya itu dijalankan selepas polis menerima satu laporan mengenai majlis berkenaan.

Kes disiasat mengikut Peraturan 19 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Dalam pada itu, Arjunaidi berkata polis turut mengeluarkan kompaun RM2,000 masing-masing terhadap pelakon dan selebriti Norman Hakim serta isteri, Memey Suhaiza kerana melanggar SOP PKP dengan melakukan aktiviti ziarah raya baru-baru ini.

Turut dikompaun Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria juga masing-masing RM2,000 kerana turut serta dalam aktiviti berkenaan di sebuah rumah.

Beliau berkata, polis telah menerima arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mengeluarkan kompaun itu.

No comments: