Najib tempelak Tok Pa, jangan hanya beretorik kosong
Tok Pa kata kerajaan menghargai dan faham dengan kritikan Rakyat terhadap cara pengendalian kerajaan bagi keadaan Covid yang semakin kritikal
Kerajaan juga kata bahawa kuasa untuk menghentikan penularaan Covid ada pada tangan setiap Rakyat Malaysia.
Dia suruh kita jangan kecam kerajaan atau berpolitik sahaja dan sebaliknya, berilah idea yang bernas.
1. Meskipun ada Rakyat yang masih tidak ikut SOP tapi ianya bukan hanya kesalahan atau tanggung jawab Rakyat sahaja.Sorry, Tok Pa. Kenyataan kamu ini cuma jawapan retorik kosong kerajaan
Ianya bukan salah Rakyat yang tidak dibenarkan melancong apabila 3 varian berbahaya berjaya menular ke dalam Malaysia.
Ianya sukar untuk salahkan 60,000 murid-murid bawah umur 12 yang positif Covid setelah kerajaan buka semula sekolah bersemuka pada ketika kes baharu masih tinggi.
Bagaimana Rakyat mahu lockdown kendiri jika 60% rakyat dalam sektor swasta dan 20% dalam sektor awam tetap diwajibkan ke tempat kerja?
Bagaimana peniaga kecil dan pekerja harian nak lockdown kendiri jika kerajaan tak beri bantuan kewangan? Mereka nak makan apa?
Ianya juga bukan salah Rakyat apabila pekerja-pekerja asing kilang yang memakai gelang pink merayau ke sini ke sana seperti berlaku baru-baru ini.
Hari ini kes baharu pecah rekod lagi. 7,478.
Perlu tahu bahawa keadaan Covid kini adalah top 10 dalam dunia dan kita juara Covid ASEAN walaupun telah diberi kuasa penuh darurat.
Pelabur asing siapa yang berani datang ke negara yang sistem kesihatan dan kerajaannya sedang lumpuh serta keadaan Covid tidak terkawal seperti dilapor media antarabangsa?
Bukan hanya masalah Covid berpanjangan malah masalah ekonomi turut akan berpanjangan dengan keadaan sekarang.
Kerajaan bukan langsung tak ada wang untuk beri bantuan dan lockdown penuh untuk tempoh 21 hari sahaja untuk meredakan keadaan untuk mengurangkan pengorbanan nyawa, menghalang sistem kesihatan terus lumpuh dan front-liners kita rebah.
Dana tambahan sebanyak RM115 bilion telah diperolehi kerajaan setakat tahun ini. Ke mana perginya dana ini jika ianya bukan digunakan untuk membantu Rakyat dalam lockdown?
Kuasa penuh darurat mahu tapi akhirnya semua salah Rakyat juga?
Kuasa penuh darurat dan kuasa meminjam/berbelanja sesuka hati sudah dapat tapi tak mahu Rakyat kritik kerajaan pula?
Mahu Rakyat beri idea?
Kita bukan tak pernah beri idea tapi adakah kerajaan mahu dengar nasihat tak?
Sebagai contoh, say dah lama suruh naikkan semula tempoh kuarantin bagi pengembara asing ke 14 hari tapi kenapa pula kerajaan perlu tunggu 5 bulan untuk melaksanakan hanya selepas varian baru dah masuk?
Dari dulu lagi, saya dah nasihat untuk tidak buat darurat sebab ianya tidak membantu melawan Covid dan hanya akan membawa kesan negatif kepada reputasi serta keyakinan pelbaur dan contoh terbaik pengawalan Covid yang berjaya ialah PKP 1.0 tanpa darurat.
Adakah kerajaan mahu dengar?
Sejak permulaan PKP 2.0, saya dah nasihatkan untuk jangan membazirkan wang dan masa Rakyat dengan PKP separuh masak supaya PKP tidak berulang-ulang. Tapi kerajaan tak hirau.
Dah lama kita tuntut kerajaan untuk menunaikan janji dan menaikkan jumlah peranti diberi kepada keluarga golongan B40 supaya pdpr boleh dilaksanakan dan tekanan untuk membuka semula sekolah secara bersemuka boleh dikurangkan.
Tapi kenapa pula janji 150,000 peranti diberi pada bulan Februari dicapatikan dan ditangguh ke akhir bulan September dan kenapa hanya 150,000 sahaja?
Dan saya ulang sekali lagi bahawa membuat PKP 3.0 yang sama atau lebih longgar berbanding PKP 2.0 tidak akan membawa hasil yang berlainan.
Tetapi kenapa tegas untuk diulang sekiranya dah terbukti cara PKP 2.0 tidak berjaya?
Tok Pa, sila tegur sikit boss baru kamu.
Najib Razak