APA PUNYA SUWEY LA TAJUDDIN NIH....TAPI MEMANG PAUT DIAJAR PUN

 


Panas! Selepas dipecat, Tajuddin disiasat polis

Panas! Selepas dipecat, Tajuddin disiasat polis

Pihak polis telah menjalankan siasatan berkenaan rakaman video menunjukkan Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Tajuddin Abdul Rahman tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan satu sidang media baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 17 (1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021.

“Kesemua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam terdekat.

“Kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya apabila siasatan selesai dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Justeru katanya pihak PDRM menasihati orang ramai agar terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kegagalan mematuhi SOP ini membolehkan tindakan diambil di bawah undang-undang dan peraturan yang masih berkuatkuasa,” katanya.

Tajuddin baru-baru ini dilihat tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media berkenaan kemalangan membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT).

‘Pelindung muka bukan biasa-biasa, ditempah khas’

Dalam sidang media itu Tajuddin dilihat hanya mengenakan pelindung muka tanpa memakai pelitup muka.

Di bawah SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kegagalan memakai pelitup muka merupakan satu kesalahan.

Sementara itu, Tajuddin berkata dia memakai pelindung muka untuk memudahkannya bercakap kepada pihak media.

“Saya minta maaf jika pelindung muka tidak cukup.

“Pelindung muka ini bukan biasa-biasa, ditempah khas daripada sumber yang diyakini.”

“Tapi bagaimana nak bercakap pada sidang media dengan memakai pelitup muka? Jadi saya ingat pelindung muka (lutsinar) lebih baik,” katanya .

No comments: