PETALING JAYA: Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 bersetuju dengan penetapan beberapa kriteria serta “threshold” dalam membuat penilaian sama ada darurat diteruskan atau ditamatkan.
Bagaimanapun, jawatankuasa itu tidak mengulas secara terperinci isu tersebut.
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 akan terus bersidang dari semasa ke semasa dalam membuat penilaian berhubung kewujudan berterusan darurat atau penamatannya,” katanya dalam kenyataan ringkas.
Jawatankuasa dianggotai 19 orang yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Arifin Zakaria, ditubuhkan pada 9 Februari.
Jawatankuasa dwiparti itu ditubuhkan bawah Seksyen 2 Ordinan 2021 (Kuasa-Kuasa Penting) Darurat dan berfungsi untuk menasihatkan kepada Agong mengenai keadaan darurat di Malaysia dan penamatannya.
Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, telah mengisytiharkan darurat untuk membendung penyebaran Covid-19.
Ia dijadualkan berlangsung sehingga 1 Ogos atau tarikh lebih awal sekiranya kes Covid-19 dikurangkan dan stabil.
Parlimen dan semua Dewan Undangan Negeri digantung dalam tempoh itu.