KALAU DEWAN RAKYAT BOLEH DIGANTUNG, KENAPA BINA TIGA DEWAN DI PAGOH TAK BOLEH DIGANTUNG?

 

Kos membina tiga Dewan baru di Parlimen Pagoh ialah RM35.4 Juta?

Bukankah lebih darurat, kalau dewan dewan sedia ada dinaik taraf sebagai Pusat Kuarantin sementara pesakit COVID 19.

Itu lebih darurat berbanding tiga dewan baru untuk Parlimen Pagoh. Perdana Menteri darurat kena tunjuk teladan.

Katanya pesakit Covid yang bergejala teruk tidak lagi boleh diterima masuk ke hospital kerajaan. Wad sudah penuh.

Apakah benar KKM juga tidak lagi mampu membuat saringan ke atas semua kontak rapat pesakit positif Covid? Hanya kontak rapat yang ada gejala akan diuji.

Justeru, bagaimana Muhyiddin boleh tergamak bina dewan di Parlimen Pagoh dengan kos yang besar. PM ni serius ke melawan pandemik Covid 19?

Ironinya, surat kelulusan JKR untuk dewan dewan tersebut bertarikh 11.1.2021 iaitu hari PM umum Darurat diperkenankan.

Tetapi wajarkah kita bising Muhyiddin mahu bina tiga dewan baru? Dia PM. Bagilah muka pada dia.

Biasanya diktator akan buat apa sahaja.. Masakan dia mohon darurat, kalau dia bukan diktator. Dia mahu Parlimen digantung. Mana boleh jadi PM untuk 8 bulan sahaja sedangkan Mahathir 22 tahun.

Lagi pelik bila Muhyiddin bersungguh mahukan darurat tetapi pelaksanaan PKP amat longgar. Shopping Complex buka. Kedai laundry layan diri buka. IKEA buka. Kilang kilang boleh beroperasi di mana pekerja mereka tinggal di asrama yang sempit dan sesak.

Sekarang peniaga pasar malam tuntut supaya dibenarkan berniaga. Pengusaha restoren pula mahu mereka boleh beroperasi hingga jam 10 malam.

Kalau itu dilayan, PKP tiada makna. PKP 2.0 tidak serius macam PKP 1.0. Game plan sebenar adalah “Darurat”. Untuk kekal berkuasa lebih lama.

DR. PUAD ZARKASHI, AHLI MT UMNO

17 Januari 2021.



No comments: