BAGI BLOG INI , SEBUT NAMA MAHATHIR, SUDAH TENTU MEMPUNYAI SEJARAH PANJANG. UNTUK AHLI PKR SENDIRI PUN SUKAR MENERIMA KEMBALI MAHATHIR..SEBAB MAHATHIR ADALAH BAPAK SEGALA PENIPU


Kesediaan Mahathir terima Anwar sebagai PM adalah petanda baik, kata Mahfuz

Kesediaan Mahathir terima Anwar sebagai PM adalah petanda baik, kata Mahfuz

Kesediaan Dr Mahathir Mohamad menerima Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya beliau memperolehi sokongan mencukupi di Dewan Rakyat adalah petanda baik ke arah membentuk gagasan perdana pembangkang untuk menawan Putrajaya.

Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, berharap susulan sokongan bekas perdana menteri itu, Anwar bersama Pakatan Harapan (PH) akan mempergiatkan usaha mengukuhkan kerjasama dengan blok pembangkang lain, termasuk kumpulan yang dipimpin Mahathir ke arah menawan semula Putrajaya.

Kenyataan Mahfuz itu menyusul selepas Majlis Presiden PH dilaporkan membincangkan kemungkinan PH menjalin semula kerjasama dengan Mahathir baru-baru ini.

Bagaimanapun tiada ketetapan atau keputusan diambil pada mesyuarat itu.

Anwar adalah pengerusi PH, selain menjadi ketua pembangkang di Parlimen dan presiden PKR. Dua lagi parti komponen gabungan pembangkang itu ialah DAP dan Amanah.

Mahfuz tidak mengulas mengenai mesyuarat PH itu, namun menekankan keperluan gabungan itu memperluaskan kerjasama dengan semua Ahli Parlimen pembangkang jika berhasrat menawan semula Putrajaya.

Beliau juga berkata sebagai blok pembangkang terbesar, wajar calon perdana menteri adalah daripada PH dan menyifatkan kenyataan Mahathir baru-baru ini sebagai perkembangan baik.

“Mahathir sudah beri isyarat positif dia sedia menerima Anwar jadi perdana menteri,dengan syarat mesti cukup bilangan sokongan majoriti,” katanya kepada FMT.

“Justeru, PH mesti (segera) ke hadapan untuk mengerakkan kesepakatan pembangkang bagi membentuk kerajaan dengan pihak lain,” tambah beliau.

Beliau akur sebelum ini PH bercanggah pendirian sehingga membawa keretakan dalam hubungan antara tiga parti itu.

“Satu pihak berpandangan begini dan satu lagi begini.Amanah pula kami melihat dari sudut cermin besar, iaitu kesepakatan semua pembangkang tidak boleh hanya berasas kepada kekuatan tiga parti dalam PH (PKR, DAP dan Amanah).

“Ini kerana PH hanya ada 91 wakil, sedangkan pembangkang kalau semua bersatu kita ada 108, jadi penyatuan pembangkang itu penting,”katanya.

Mahfuz yakin kesepakatan dalam blok pembangkang akan membuahkan pembentukan kerajaan baharu yang lebih stabil dan berwibawa.

“Kita perlu fikir hari ini, kita mempunyai asas yang kukuh untuk mendapatkan kerajaan baharu di Malaysia, apabila ternyata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sudah tidak cukup bilangan sokongan Ahli Parlimen,” kata Mahfuz.

Mahathir adalah pengasas Pejuang yang mempunyai empat Ahli Parlimen, termasuk beliau, namun pengaruhnya merentasi politik kepartian.

Perbalahan berterusan antara beliau dan Pengerusi PH Anwar Ibrahim dikatakan punca utama pembangkang berpecah dan tidak dapat menjatuhkan Muhyiddin, meskipun kerajaan pimpinan beliau mempunyai majoriti rapuh di Parlimen.

Bagaimanapun Jumaat lalu, Mahathir dipetik berkata, beliau tiada bantahan terhadap Anwar dilantik sebagai perdana menteri, tetapi menegaskan presiden PKR itu perlu mendapatkan sokongan majoriti di Parlimen. 


No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Kisah ramalan keputusan PRU

Saifuddin Nasution Hari ini temujanji saya dengan KP ROS di putrajaya. Sambil menunggu di ruang tamu sy membaca akhbar BH yg memuat laporan ...