BELUM SAMPAI 5 TAHUN JALANRAYA KE ULU TEMBELING HANCUR LEBUR.MP DAN ADUN DIAM LAGI.....


 KAMPUNG BANTAL MEDIA 


POSTED BY AMIR WRLR

Ini sebahagian kawasan jalanraya yang hancur lebur di sepanjang laluan dari Kuala Tahan ke Kampung Bantal. Saksikanlah sendiri kami terpaksa menapak bagi meringankan beban kenderaan kerana khuatir boleh memudaratkan kenderaan disebabkan jalan yang rosak teruk akibat berlaku mendapan dan tanah runtuh di banyak kawasan. Tak lama lagi ibubapa akan menghantar anak anak ke sekolah. Jika mendapan ini terus berlaku tak mustahil penduduk Ulu Tembeling terpaksa kembali menggunakan bot untuk urusan ke bandar.

Jalan ini juga berpunca dari meluasnya pembalakan di kawasan Ulu Tembeling. Akibat rakusnya pembalakan, maka struktur tanah tidak kukuh dan akibatnya jalan yang bertujuannya untuk penduduk ulu tembeling , digunakan pula untuk kemudahan pembalakan.

Mana dia Menteri Alam Sekitar ? atau ..ianya tidak menjadi masalah kerana asalkan ianya melayu isla...kah....

#mendapan #jalanrayarosak #kualatahankampungbantal #lembahtembeling #ulutembeling

 Image may contain: sky, outdoor and natureImage may contain: mountain, sky, cloud, outdoor and natureImage may contain: outdoor and nature

Image may contain: outdoor and nature


No comments: