AEOGRAM PAGI (1)

 

AEOGRAM PAGI (1)

Kecuali penyangak kuasa rakyat bersama kuncu kuncunya sahaja yang seronok dan senang dengan langkah diambil mendaruratkan negara kononnya untuk membendung Covid. Rakyat Malaysia sudah diajar dengan sesuatu cara hidup yang tidak beretika dan berintegriti oleh sebuah kerajaan hasil kudeta.

Prinsip yang bertentangan dengan hidup dan kemanusiaan dan semangat bernegara.

Darurat untuk membendung Covid satu dongengan yang tidak pernah ada di zaman bahari. Ia direkayasa untuk zaman ini oleh sang penguasa yang tipis kuasanya. Untuk menyelamatkan kedudukannya maka ia berlindung disebalik Covid. Darurat itu satu usaha untuk mengekang Covid setelah banyak melakukan kesilapan dan tindakan yang pernah disia siakan.

Kenapa saya kata begitu, usaha untuk mencegah Covid tidak dibuat dengan bijaksana menggambarkan sebuah kerajaan yang ikhlas dan jujur. Tindakan atau cara membendung Coronavirus ini juga dibuat tanpa ada ilmu mantap tetapi sebagai try and error, enggan belajar daripada negara yang berjaya mengatasinya. Orang Melayu begitulah merasakan dirinya hebat dan pandai, walhal...Pandir. Cerdik tidak boleh ditumpang, bodoh tidak boleh diajar. Itu pepatah bangsa Melayu.

Ia tidak dilakukan secara serius kerana, belum Covid benar benar terkawal peraturan peraturan yang mengekangnya sudah ditarik balik. Walaupun sebelum ini sudah dibimbangi akan penularannya, tetapi ia dilonggarkan bahkan rentas sempadan satu tindakan berkesan ditarik balik. Mungkin penarikan itu boleh menjimatkan wang rakyat, tetapi bukankah dengan mengadakan semula PKP menambahkan peruntukan? Kita terpaksa berbelanja dua kali ganda atas kesilapan diri. Kata orang orang selepas berak terkecit pula.

Inilah perhitungan salah oleh orang yang berada dalam sindrom kesilapan kerana berkuasa menerusi kerajan "no halal" mengikut etika demokrasi. Sepadannya kalau Allah menurunkan bala atas perbuatan jahat manusia sendiri. Dan apabila Allah menurunkan bala ia turut sama tertimpa ke atas mereka yang tidak berdosa. Bersambung. Trims.