MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF
Perkuatkan PH; Yang Lain akan menyusul.
Saya amat bersetuju dengan ungkapan Anwar yang kata masa PH jadi
kerajaan kita hanya bersungguh lawan rasuah pada mereka yang ada vendetta; yang
mesra dengan kita, semua boleh tutup tepi.
Contoh tengok kes kartel daging, Dr Mujahid sendiri dan buat
laporan SPRM tapi apa yang KP SPRM buat masa itu? Kes heli hilang pun sama
juga, Abg Mat dah buat laporan SPRM pada 2019 tapi tiba-tiba bila PH jatuh
terus selesai kes tersebut.
Yang jadi suci ini begantung pada siapa yang jadi Perdana
Menteri. Tengok jawatan senator, macam mana masih ada kekosongan lagi untuk
lebai engineer di lantik jadi senator dewan negara; maknanya betul apa yang
Dato Husam kata, ada orang sengaja simpan jawatan 16 senator itu untuk
persediaan dia berkhianat.
Macam Sham Ghaz ulas, Amanah kena segera bahagikan 50 kerusi
peninggalan Bersatu dari sekarang, nanti bila dah parlimen bubar, tak ada lagi
kes berebut kerusi.
Kenapa perkuatkan PH berbeza dengan koliasi grandeur?
Dia macam keluarga kita juga, kalau kuat dan kukuh pasti ramai
akan tertarik. Tapi kalau keluarga kita huru-hara akibat di hasut oleh orang
luar, macam mana nak yakinkan rakyat yang kita boleh jadi kerajaan yang kukuh?
Kita pedulikan anasir luar dari PH, bahagikan kerusi sesama PH dulu. Bila dah
selesai, baru kita cerita pasal kerusi ihsan pada sesiapa yang hendak bersama
dengan kita.
Mereka jadi naik lemak sebab ada yang sengaja bagi muka pada
puak-puak depa ini. Kalau tak ada melayan baru depa tahu langit tinggi rendah.
Baca sentimen rakyat la dekat posting sosial media kalau berkait dengan depa,
semuanya orang suruh dia berehat, take him as a joke sebab waktu di beri kuasa
dulu dia tak berlaku adil; dakwa yang ada personal vendetta. Lepas tu letak
jawatan sebab merajuk konon-kononya tapi boleh pula calon jadi PM buat kali ke
3; hanya sebab nak berlepas diri dari Manifesto PH ( itu yang Peja Degree palsu
copy paste).
Bezanya, kalau mereka yang request nak join dengan PH, kita
boleh set our own term. cakap dengan mereka beggars can't be chooser.
Kuatkan PH dengan sebulat suara calonkan Perdana Menteri dari
Parti Komponen PH; orang luar PH yang tak setuju, they can go fly kite. Depa
nak calonkan orang sama jadi PM kali ke 3 untuk dia letak jawatan sekali lagi
pun , it's up to them, not PH problem.
Ingat yang menangkan PH bukan penyokong parti Amanah, PKR atau
DAP tapi rakyat dan pengundi atas pagar yang nak lihat reform berlaku. Tak
percaya tengok apa jadi pada PSM PRU14, walaupun parti mereka rajin dan bagus,
tapi idealogi mereka tak dapat di terima oleh rakyat kebanyakan pada PRU14
sampai mereka tersungkur di semua kerusi.
Kalau PH bertanding at least 160 kerusi parlimen di semenanjung,
dan ada 3 penjuru antara PN+PAS dan BN, PH masih ada peluang besar untuk menang
janji undi bukan Melayu PH masih solid.
Sentimen pengundi bukan Melayu sudah pasti bukan untuk mereka
yang berkhianat bila di beri kuasa. Kalau PH bersama dengan mereka, pasti PH
juga akan terpalit dengan sentimen manifesto bukan kitab suci, letak jawatan
hanya sebab dendam peribadi sampai menyusahkan rakyat Malaysia.
Dengan sentimen rakyat terhadap kerajaan melayu Isle yang tidak
baik, masalah ekonomi, golongan muda yang tak ada pekerjaan tetap, PH masih ada
peluang untuk menang melalui pilihanraya. Tapi jangan pula duk cari pasal
dengan penulis politik yang tegur kesilapan PH, banyak yang tegur itu sebab dia
mahu PH berjaya jadi kerajaan bukanya sokong bawa rebah macam zaman PH berkuasa
dahulu.
Apa-apapun saya masih lagi optimistik yang PH mempunyai peluang
yang cerah untuk menang PRU15, sebab rata-rata golongan atas pagar sudah nampak
PM yang pandai baca doa, kerajaan melayu Isle ini hanya utophia dan fantasi
SSST sahaja.
Sebab itu tak ada satu negara luarpun yang terpegun hendak
melabur di Malaysia bila indeks rasuah makin membarah dan dapat PM yang sendiri
takut nak jawap sidang media.