KANTOI | PENDAPATAN DARIPADA CABUTAN KHAS NOMBOR EKOR RUPANYA DISUMBANG TERUS KEPADA AKTIVITI KERAJAAN…


No photo description available.

Saya dimaklumkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah meningkat kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit daripada 8 kali pada tahun 2020 kepada 22 kali pada tahun 2021.

Mungkin ramai Yang Berhormat di sini tidak tahu; cabutan khas dimulakan pada tahun 1999 untuk membantu mangsa wabak virus Nipah ketika itu. Kerajaan pada masa itu mengizinkan syarikat judi mengadakan cabutan khas selain daripada tiga hari cabutan seminggu yang ditetapkan. Justeru, dalam setahun, ada 156 hari cabutan biasa dan, 22 hari cabutan khas.

Sebahagian besar pendapatan daripada cabutan khas ini disumbang terus kepada aktiviti kerajaan. Pada tahun 2017, kerajaan telah mengutip sebanyak RM238 juta melalui cabutan khas walaupun wabak virus Nipah pun sudah tiada lagi. Dalam aspek ini, kerajaan sebenarnya sedang mengutip cukai daripada golongan bawahan yang seringkali mencuba nasib mereka dalam aktiviti judi.

Majoriti yang terlibat dalam aktiviti perjudian ini juga merupakan golongan B40. Mereka mencuba nasib dalam aktiviti judi dengan harapan boleh memperoleh habuan lumayan. Ramai mereka yang menjadi ketagih kepada perjudian dan ini mengakibatkan masalah-masalah sosial yang lain. Mereka ini akan terus menerus mencuba nasib dengan cabutan khas.

Oleh itu, pada November 2018 Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil keputusan untuk mengurangkan kekerapan cabutan khas. Daripada 22 kali pada tahun 2018 yang ditetapkan oleh Kerajaan Barisan Nasional, kami mengurangkan jumlah cabutan khas kepada 11 kali sahaja pada tahun 2019, dan kekerapan cabutan khas terus dikurangkan lagi pada tahun 2020 kepada 8 kali sahaja setahun.

Malangnya, kerajaan Perikatan Nasional kini menambah kembali jumlah cabutan khas kepada tahap zaman Barisan Nasional.

Saya sarankan agar kerajaan ikut langkah kerajaan PH dulu dan kurangkan kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit.

 

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

TUN M: SIAPA PENYANGAK?

   BOB KELANANG Tun M kata dia sedia kerjasama dengan PN di PRU ke 15. Asalkan tidak ada individu yang digelarnya “penyangak". Di...