MOHD SHAH RIM
Perlukah Orang Melayu menjadi pro konservatif , paranoid,
sentiasa curiga kerana merasakan wujud ancaman yang dipropangandakan oleh parti
politik kepada mereka?
Dah lama aku melihat orang melayu/islam semakin percaya dengan
propaganda melibatkan isu bangsa dan agama sedangkan itu hanya perancangan rapi
dan strategi parti politik berteraskan agama dan kaum untuk menguasai dan
menjajah orang melayu seolah olah melayu itu harta benda mereka.
Majoriti yang termakan dgn dakyah ini kerana faktor
persekitaran, tahap pendidikan dan latar belakang, yang mempengaruhi pemikiran
mereka, dinegeri negeri yang gagal di tadbir urus dgn baik, kadar pengangguran
yg tinggi, dan peratusan penduduknya yang hidup dibawah garis kemiskinan yang
tinggi menjadi kubu kuat dan penyokong parti politik sebegini.
Negara ini perlu dipimpin oleh pemimpin yang berani
memperkenalkan dasar menghapuskan kemiskinan, menyediakan peluang pekerjaan,
meningkatkan peratusan rakyat yang berpendidikan tinggi dan meningkatkan
kualiti hidup rakyat.
Jika misi ini berjaya, lahirnya bangsa melayu yang progresif,
tidak mudah terpedaya dgn gula gula politik seperti janji laksana Hudud, RUU
355, Melayu terancam, atau Islam akan diganti Kristian sebagai agama rasmi
sedangkan itu sekadar dakyah untuk meraih sokongan dan undi semata mata.