Pembenci Madey bukan pentaksub Anwar
Kepada mereka yang menyangka pembenci Mahathir adalah pentaksub DS Anwar, silalah fahamkan hakikat sebenar.
Kami membenci Mahathir bukan kerana kami taksub kepada DS Anwar. Kami benci Mahathir kerana kami cerdik.
Untuk pengetahuan kamu, DS Anwar teruk dimaki selepas Mahathir letakkan jawatan kerana masih mahu memujuk Mahathir untuk bersama PH.
Aku pernah tulis, sebenarnya bukan kemi yang ikut cakap DS Anwar, tapi DS Anwar yang ikut cakap kami. Adakah DS Anwar pentaksub kami?
Kami bencikan Mahathir kerana kami rasakan diri kami ditipu. Kerana kami yakin Mahathir adalah kepala pengkhianat PH.
Tak seperti Mahathir yang selalu menghamburkan kata-kata keji terhadap DS Anwar, DS Anwar amat jarang menyentuh soal Mahathir.
Apa lagi menghina Mahathir secara terbuka seperti mana yang dilakukan oleh Mahathir terhadap dirinya. Jadi tak payahlah reka cerita.
Kami tak mungkin akan suka Mahathir lagi. Kami dah terbiasa membencinya. Suka kami kepadanya ketika dia jadi PM adalah suka yang terpaksa.
Kerana kami mahu menjaga keutuhan PH. Kerana kami sayangi kemenangan itu. Jika tahu dia akan khianat, sumpah kami takkan suka padanya. Pura-pura pun tidak.
Kepada khadam Mahathir, berhentilah mencari salah DS Anwar. Kerana semakin kamu buat, semakin bodoh kamu terlihat.
- –