KAU BUDAK SIAPA? KENAPA JUMPA ANWAR

 KAU BUDAK SIAPA? KENAPA JUMPA ANWAR? 

Image may contain: text that says "KEADILAN UNTUK SEMUA"


1. Minta bantuan dengan YB Jimmy, jadi budak YB Jimmy. Bergambar dengan YB Shamsul, jadi budak YB Shamsul. Berjumpa dengan YB Amiruddin Shari, jadi budak Menteri Besar Selangor. 


2. Pakai baju hitam pula, jadi budak Farhash. Jika berkerjasama dengan Ketua Wanita, adakah saya berjantina lelaki ini akan bertukar menjadi wanita? 


3. Apabila berjumpa Presiden YB Anwar Ibrahim, tak muncul pula gelaran 'orang Anwar' kepada kita. Tertunggu-tunggu juga. 


4. Saya tidak faham mengapa begitu mudah melabel orang lain? Kenapa sempit sangat pemikiran? Takkan ini saja tahap pemikiran sebahagian pemimpin kita? 


5. Adakah menjadi satu kesalahan berjumpa dengan pemimpin parti sendiri? Sampaikan sekarang ini kalau kita berjumpa dengan Anwar Ibrahim di Bukit Gasing pun orang marah. Saya naik bingung.  


6. Habis tu jumpa siapa baru jadi betul? Mahu jumpa pemimpin dalam kelompok kecil itu jangankan telefon, whatsapp pun tak berbalas.


7. Apa kena dengan parti ini?


8. Disebabkan itu, apa yang anggota parti nampak adalah kelompok kecil ini merasakan hanya diri mereka saja yang betul, hanya mereka saja yang berjuang, hanya mereka saja layak duduk dalam parti, hanya mereka saja yang bermati-matian membela Presiden Parti dan hanya mereka sahaja boleh berjumpa Presiden Parti. 


9. Orang lain yang tidak sekepala dengan mereka semuanya dianggap tak layak dan sentiasa salah. 


10. Cukuplah dengan perpecahan yang telah berlaku sebelum ini. Jadikan ianya satu pengajaran di masa hadapan. Sesekali toleh ke belakang tujuan berhati-hati tak salah tetapi janganlah langsung tak pandang depan sehingga jatuh masuk ke dalam longkang. 


11. Tidakkah mereka tahu bahawa perjuangan tidak terletak pada siapa kita jumpa atau baju warna apa kita sarung. Perjuangan sebenar terletak di dalam hati, semangat dan dibina atas idealisma. 


12. Pemimpin parti juga perlu sedar bahawa parti ini hanya akan dapat mengembangkan pengaruhnya jika mereka bergaul, bercampur dan menyantuni semua lapisan masyarakat, tidak kira ideologi, umur, kaum dan agama. 


13. Selain itu, untuk kekal relevan dalam arena politik, pemimpin parti perlu mengamalkan demokrasi. Di mana amalan menghormati perbezaan pandangan dan meraikan kepelbagaian idea diterapkan. 


14. Keadilan sebuah parti yang besar, jadi tolonglah jangan buat parti ini seperti milik golongan tertentu saja. Jadikan parti ini lebih inklusif bukan ekslusif. Tak kiralah kau budak siapa pun. Bercampurlah dengan semua orang. Mesra dengan semua anggota parti. 


15. Tabiat label melabel perlu ditinggalkan. Tabiat sombong juga wajib ditinggalkan. Kedua-dua tabiat ini buruk dan bukannya sihat pun untuk parti malah boleh mengundang perpecahan. 


16. Berubahlah, itu pun jika kita mahu melihat parti ini terus maju ke depan.


Ikhlas,


FAEZUDDIN PUAD

Ketua AMK Pulai



No comments: