Bila Pas perintah yang dulu haram kini ‘boleh bincang’


KedahLanie: ADAKAH PAS PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM ??

Bila Pas perintah yang dulu haram kini ‘boleh bincang’

Sesudah Pas dan Umno menjadi kerajaan, kedudukan Islam sudah dianggap tidak lagi terancam sebagaimana kedudukannya ketika negara ditadbir oleh Pakatan Harapan yang didalamnya ada DAP.

Oleh itu, pelbagai aktiviti yang selama ini dianggap tidak boleh dan mengancam kedudukan Islam sudah dibolehkan, dakwa penulis dan aktivis politik Jamzuri Ardani.

“Bila Islam tidak lagi terancam, pertandingan ratu cantik pun sudah jadi halal, kawin dalam kuil boleh bincang secara ilmiah, kos pergi haji boleh dinaikkan, dividen ASB paling rendah tak kisah, kes Adib tiada pembunuh yang didakwa, hudud kena rujuk perlembagaan, dan banyak lagi manfaat baru untuk umat Islam,” tulis Jamzuri dipetik.

Sebelum ini, ketika Pas belum mendapat kuasa, penyokong Pas akan menyebarkan apa sahaja isu dengan tag line Islam teracam.
Baru-baru ini, Pemuda Pas menziarahi penganjur pertandingan Ratu Cantik Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 (MPWM 2020) dan bersetuju agar pertandingan itu diteruskan dengan beberapa perubahan termasuk namanya bukan lagi ratu cantik.

“Pemuda Pas memberi cadangan dan berjanji untuk menyokong program kami. Tetapi mereka meminta untuk melakukan beberapa perubahan.
“Kami akan bekerjasama dengan pemimpin Pas untuk menyediakan yang terbaik bagi wanita Malaysia,” kata penganjur pertandingan itu dalam satu hantaran facebook mereka selepas menerima kunjungan Pemuda Pas.

Semalam, Amanah Saham Bumiputera (ASB) mengumumkan dividen paling rendah dalam sejarah, namun ia tidak menjadi masalah dan mengancam Melayu.

ASB mengisytiharkan dividen paling rendah dalam 30 tahun sejarahnya – sebanyak 3.50 sen seunit bagi tahun kewangan 2020. Campur bonus 0.75 sen jadilah 4.25 sen.

Sebagai saguhati ulang tahun ke-30, ia memberi bayaran ehsan 0.75 sen seunit, terhad kepada 30,000 unit yang pertama.

Tahun lalu ia bayar 5.00 sen dividen dan 0.50 sen bonus menjadikan jumlahnya 5.50 sen, walaupun pasaran saham jatuh.

“Kita boleh salahkan kesan buruk Covid-19 ke atas ekonomi tapi pasaran saham kita naik,” kata tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin mengulas kejatuhan teruk dividen ASB semalam.

Setelah Pas dan Umno bergabung dalam kerajaan, seorang wanita Melayu dari Johor berkahwin dengan Ketua Pasukan Hoki India yang beragama Sikh.

Perkahwinan yang berlangsung di India ‘tidak lagi menjejaskan akidah ummah’ kerana kedudukan Islam tidak lagi terancam di bawah Pas dan Umno.



No comments: