Lagi 20 hari kita akan mencapai 100 ribu kes...

 

1,012 kes, jangkitan tertinggi di Selangor, empat kematian

1,012 kes, jangkitan tertinggi di Selangor, empat kematian

8 Dis 2020


Kes baru penularan wabak Covid-19 terus mencatatakan empat angka dengan 1,012 lagi kes dicatatakan setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 75,306 kes dengan kes aktif sebanyak 10,862.

Dia berkata daripada kes baru itu juga, Selangor terus mengatasi negeri-negeri lain dengan 412 kes. Ini diikuti oleh Sabah dengan 271 kes, dan Johor 108.

Negeri-negeri lain adalah seperti berikut:- Kuala Lumpur (98), Pahang (33), Perak (29), Negeri Sembilan (23), Pulau Pinang (18), Kedah (10), Sarawak (2), Kelantan (2), Putrajaya (1).

Sementara itu, Labuan, Melaka, Terengganu dan Perlis, masing-masing tidak mencatatkan sebarang kes.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baru telah dikenal pasti pada hari ini.

“Pertama, kluster Seruling yang melibatkan daerah Klang, Hulu Selangor dan Petaling di di Selangor.

“Kedua kluster Tapak Bina Darul di daerah Titiwangsa, Cheras dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Petaling, Sepang, Kuala Langat dan Klang di negeri Selangor; serta daerah Seremban di Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kluster Teratai yang dikaitkan dengan syarikat sarung tangan Top Glove sahaja pada hari ini telah melaporkan sebanyak 78 kes iaitu kluster dengan kes tertinggi dan ini dikuti dengan kluster Batu Tujuh (52 kes) dan Kluster Ria (30 kes).

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 207 kluster termasuk empat yang tamat pada hari ini iaitu kluster Melati, kluster Kempas, kluster Titir dan kluster Tempayan.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 185 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 41 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, daripada keseluruhan 1,012 kes terbaru hari ini, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat sebanyak 1,750 kes pulih Covid-19. Dengan perkembangan itu, katanya, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 64,056 atau 85.1 peratus.

“Sehingga kini, terdapat 126 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19," katanya sambil menambah bahawa semua mangsa adalah dari Sabah.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid19 di Malaysia sekarang adalah sebanyak 388 kes atau 0.52 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

 

No comments: