"Strong, Formidable and Convincing"

 



Selalu sangat pembenci DS Anwar mainkan ayat ini. Konon nak menyindir DS Anwar. Ayat ini juga yang buat Caituk tuduh DS Anwar menipu termasuklah menipu YDP Agong.

Ayat ini diucapkan oleh DS Anwar dalam satu sidang media untuk mengumumkan bahawa beliau telah mempunyai cukup 'numbers' untuk mengambil alih kerajaan.

Ketika itu Sabah di ambang PRK dan beliau sendiri baru balik dari Sabah. YDP Agong sedang berada di IJN kerana sakit perut sehingga DS Anwar tidak dapat bertemu baginda.

Namun beberapa minggu kemudian YDP Agong memberi perkenan untuk DS Anwar datang menghadap. Selepas pertemuan itu, tidak banyak yang DS Anwar update tentang ambil alih kerajaan..

Update beliau hanya cerita susun kabinet buku, bersihkan semak, tentang anak cucu beliau dan hal-hal peribadi. Tak banyak hal politik pun sehinggalah perbahasan belanjawan bermula.

Dan kerana ini pembenci beliau, termasuk yang dalam PH sendiri, banyak menyindir beliau. Setiap hari ada saja posting biadap mempersendakan DS Anwar. Tapi apa tindakan beliau?

Beliau tetap cool. Kenapa? Mungkin kerana beliau tahu semenjak pengumuman 'Strong, Formidable, Convincing' (SFC) beliau itu, PN jadi berantakan sehinggalah ke hari ini.

Ketika beliau buat sidang media, PN sedang melangkah gagah ke PRK. Ketika itu PH sendiri yang kucar kacir. Ditambah ramai penyokong DS Anwar yang sakit hati kesan Mahathir cadangkan Shafie Apdal jadi calon PM bagi PH.

Tetapi selepas pengumuman itu, PN yang jadi tak menentu. Muhyiddin mula menaruh syak terhadap UMNO. Bimbang ditikam dari belakang. Bahkan Mahathir sendiri tumpang meroyan walaupun dia tidak ada kena mengena.

Sampaikan tahap Muhyiddin mahu umumkan darurat kerana ketakutan. Azmin pula senyap sunyi bagai diculik makhluk asing. Dalam kelam kabut mereka mula bergerak mengukuhkan PN.

Gerakan mengukuhkan PN telah menyebabkan BN sakit hati. Numbers yang DS Anwar umum kekal misteri, tetapi UMNO mula dapat idea menekan Muhyiddin dengan membayangkan kerjasama dengan DS Anwar bagi mengugut Muhyiddin.

Muhyiddin pun tak tahu bagaimana mahu handle situasi ini. Kalau mahu beli MP yang sokong DS Anwar, siapa orangnya? Tiada siapa yang tahu. Muhyiddin mula terasa bagaikan terhimpit ke dinding.

Mahathir pun terpaksa campur tangan untuk padamkan nama DS Anwar kerana kelihatannya Muhyiddin tak dapat mengawal keadaan. padahal dia bukan siapa-siapa pun. Ketua Pembangkang pun bukan. Untuk apa dia nak sibuk?

Memang ada orang gelak SFC itu kerana mereka kata DS Anwar kena tipu dek Umno. Tapi bila aku renung dan nilai kembali apa yang terjadi, aku tak fikir SFC itu satu tragedi buat DS Anwar.

Sebaliknya ia menjadi titik permulaan tragedi bagi PN. Mungkinlah sebab itu selepas SFC diumumkan DS Anwar lebih banyak jalankan aktiviti peribadi.

Kerana ketika itu, chain reaction dari pengumuman 'Strong, Formidable, Convincing' itu sedang berlangsung. Dan PN sedang terbakar olehnya. Bahkan hingga kini, mereka masih lagi terbakar.

Ibarat orang yang telah menyalakan api kecil lalu timbunkan daun kering di atasnya. Kemudian duduk di bangku membaca novel sambil sesekali melihat api menjilat daun kering dengan lahapnya.

Aku tak mesti betul. Tapi pada penilaian aku, inilah yang berlaku.

.

- R a j a G e l a p -

 

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

VIDEO : Henti politik jahat!, Darurat gagal kawal Covid-19, Siasat bawah jenayah...