MENTERI HANYA SIBUK JAGA JAWATAN

 Image may contain: text that says "ECONSAVE FARM FRESH EGG GRADEB 9.40 1TRAY ECONSAVE ES GRADE C F/EGGS 30S 8.70 TRAY ECONSAVE FARM FRESH EGG GRADE D RM 7.99 TRAY NEISIE"


IBRAHIM MAT ISA

Menteri hanya sibuk jaga jawatan takut direbut seteru politik. Isu besar negara cuma lontaran kata manis supaya rakyat tak bising dan turun berdemo.

Sementara bala Covid19 pula dijadikan perisai pelindung bagi menteri mengelak kecaman supaya hati rakyat tak gundah gulana.

Aku melihat dari sudut keperluan dan keselesaan rakyat semasa kerana tak semua rakyat minat dengan politik, malah dari temubual hanya meluahkan perasaan hampa dan menyampah mereka.

Harga barangan pengguna misalnya, tidak kedengaran langsung kenyataan menteri terbabit menyentuh isu kenaikan harga yang melonjak ketika ini.

Rasanya rakyat rata-ratanya sudah seperti Zombie. Tidak tahu ke mana hala nak lontarkan luahan perasaan dengan politik bosan dan muak sementara taraf ekonomi hanya berkisar keliling roundabout. Penyimpan KWSP masih teriak teriak tak reti melawan untuk keluarkan sedikit simpanan membantu kekeringan.

Bagaimana keadaan Malaysia tahun 2021 yang tidak berapa hari lagi menjelangnya. Semakin baik atau bungkus ikat tepi?