PERAK - PH BUKTIKAN UTAMAKAN RAKYAT BUKAN POLITIK



Biarpun bermacam tuduhan ke atas PH, terutamanya terhadap Dap oleh Umno, namun PH di Perak sentiasa terbuka dan berlapang dada untuk bekerjasama dengan sesiapa pun asalkan rakyat dijadikan keutamaan.  


Atas faktor itulah maka PH Perak sanggup membantu Umno untuk menurunkan Peja sebagai MB Perak kerana PH Perak kenal siapa Peja apatah lagi Peja ini datangnya dari PH yang khianat.  Mana mungkin seorang pengkhianat boleh memberikan kebaikan dan kesejahteraan kepada rakyat?  Maka, Peja wajib disingkirkan.  Rakyat Perak berhak untuk memiliki pemimpin iaitu MB dari PH atau dari Umno, tetapi jangan paksa mereka untuk memiliki seorang MB yang khianat.  


Setelah tugas menjatuhkan Peja dari Bersatu yang khianat ini selesai, sekaligus membantu Umno untuk melihat Peja tersungkur di dalam Dun Perak, maka PH telah melaksanakan tugasnya dengan baik.  


PH Perak tidak perlukan Umno untuk membalas jasa mereka dengan bersama membentuk kerajaan negeri di Perak. PH Perak bukan gila kuasa dan jawatan, bahkan sejarah membuktikan bahawa kuasa yang ada pada kami pun dirompak dan dikhianati. Apakah itu pengakhiran kami?  Tidak.  Soal Umno membentuk kerajaan di Perak dengan menggantikan MB dari Bersatu dan memilih untuk bersama dengan PN di Perak, itu soal lain.  Apakah PH rugi memberikan kerjasama kepada Umno?


Tidak.  Tanpa ada kerjasama maka Peja akan kekal sebagai MB di Perak.  PH tidak sanggup melihat rakyat Perak dipimpin oleh Peja. Apakah Umno beruntung dengan kerjasama yang diberikan oleh PH ini?  Ya.  Umno dapat menjadi MB di Perak.  


Meskipun Umno tetap memilih Bersatu dan Pas sebagai rakan membentuk kerajaan di Perak, dan meninggalkan PH, namun PH Perak harus diberikan pujian. Pertama,  mereka telah buktikan bahawa PH adalah parti yang terbuka dan sentiasa berlapang dada untuk bekerjasama demi kepentingan rakyat.  Kedua, PH telah membuktikan bahawa hakikatnya Dap bukan penghalang jika mahu bekerjasama.  Ketiga, suara2 yang lantang sebelum ini termasuk dari beberapa pimpinan pro atok dalam PH yang fobia bila dikatakan Anwar akan mendapat sokongan dari beberapa MP Umno, kini suara itu boleh dilenyapkan.  


Jika PH (Keadilan, Dap dan Amanah) di Perak boleh bekerjasama dengan Umno secara "enbloc" untuk jatuhkan Peja Timbalan Presiden Bersatu yang khianat itu, apakah berdosa besar Anwar mendapatkan sokongan daripada individu (bukan "enbloc") dari beberapa MP Umno dan dari parti lain untuk menjatuhkan Muhyiddin Presiden Bersatu yang khianat itu?  


Soalan itu jangan ditanya kepada Mahathir serta pemuja2nya.  Pasti mereka menolaknya.  Apa jua kaedah untuk memberikan laluan kepada Anwar menjadi PM, pasti ditolak oleh Mahathir dan kuncu2nya.  Mahathir akan kata semua keburukan Umno, walhal dia lupa sewaktu dia jadi PM kerajaan PH, dia bukan sahaja dapatkan sokongan, bahkan menarik masuk ramai MP Umno untuk sertai partinya sekaligus bersama PH.  Paling teruk, mereka yang dibawa masuk itu ada yang memiliki beberapa kes dan mereka diselamatkan. Waktu itu, siapa dalam PH yang berani bersuara seperti suara mereka terhadap Anwar sekarang?


Jika PH Perak boleh bantu Umno untuk dapatkan Perak dan jatuhkan Peja,  apakah mustahil beberapa MP dari Umno secara individu akan menyokong usaha Anwar Ibrahim untuk turunkan Muhyiddin di Putrajaya pula?  Bukan mengharap tetapi bukan mustahil.  


Kalau bukan hari ini, esok.  Kalau bukan esok, lusa.  Kalau tidak minggu ini, minggu depan, kalau bukan minggu depan, bulan depan, yang pasti pengkhianat tidak akan kekal lama.   Muhyiddin pasti dijatuhkan.  Lawan tetap lawan !!  


WFAUZDIN NS




No comments: