Anak muda Kelantan tolak Pas, PH nak tengok saja ke?
Balik dari Hospital Raja Perempuan Zainab II tadi, mak naik Grab.
Perjalanan ke rumah mengambil masa kurang daripada 15 minit.
Kami bersembang-sembang pasal covid19..
Pasal KB masih PKPB tetapi sempadan sudah dibuka.. tiada lagi polis mengawal.
Polis bertumpu kpd SOP.. masuk pasar raya, gedung-gedung, restoran dan di tempat-tempat awam yang lain dengan jumlah saman yang diperlukan.
Kisah restoran di Kelantan yang diwajibkan tutup pukul 10 malam, sedangkan kerajaan pusat membenarkan berniaga makan sehingga pukul 12 malam.
Mak tak kisah restoran nak tutup pukul berapa sebab mak makan sebelum maghrib dan biasanya memang dah tidur pukul 10 malam.
Tetapi mak pasti, ramai orang yang kebiasaan mereka makan malam selepas solat isya’.
Seterusnya kami berbual pasal politik di Kelantan.
Kata pemandu lagi, dia pasti pru15 nanti politik Kelantan akan berubah.
Pengundi di saluran tiga dan pengundi baru tidak percaya lagi kepada janji syurga pemimpin PAS KERANA PEMIMPIN PAS SENDIRI GILAKAN HARTA DUNIA!
Kebajikan dan keperluan RAKYAT sudah tidak lagi menjadi agenda utama.
Baguslah UMNO mahu letakkan calon di setiap DUN dan Parlimen.
PH macam mana?
Masih nak berkekoh dan menganjing sesama sendiri?
Mak dah mula nak bersuara ni..
Jangan jadi seperti bidalan Melayu;
“Bodoh tak boleh nak diajar,
Cerdik tak boleh ditumpang”
Rakyat Memerhati..
Nak undi siapa selain PAS?