TOKOH ULAMA, DR ABDUL KAMIL MAJID SERAH BORANG KEAHLIAN AMANAH PAGI TADI KEPADA DARUK HUSAM.MUSA




Tokoh ilmuan Islam, Prof Dr Kamil Majid umum sertai AMANAH
Dr. Mohamad Kamil bin Hj Ab Majid, dilahirkan pada tahun 1950 di Kg Kayu Rindang, Melor Kota Bharu, Kelantan. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Syari`ah dan Undang-undang daripada Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) dan Sarjana Muda Syari`ah daripada Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.

Kesarjanaannya dalam bidang falsafah dan Teologi Jabatan Pengajian islam UM dan bidang Pemikiran Islam (kerohanian) bagi ijazah Doktor falsafah, di Universiti Malaya. Dalam pentadbiran akademik, pernah memegang jawatan Timbalan Dekan (Usuluddin), Ketua Jabatan (Dakwah dan Pembangunan Insan) dan Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar di Akademi Pengajian Islam). Membantang kertas-kertas kerja di dalam dan luar negara.

Menjadi Anggota Ulama, Majlis Agama Islam kelantan (MAIK), Ahli panel Kajian Akidah JAKIM,. Juga terlibat dengan peristilahan (Agama) Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam bidang penerbitan menghasilkan lebih 10 buah buku di samping artikel dalam jurnal tempatan dan antarabangsa.

Kredit FB Hisham Fauzi


No comments: