BERITA VIDEO : SYARIKAT PALSU TIPU WANG 1MDB



Aabar BVI dan Aabar Seychelles ditubuhkan oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low serta sekutunya, bagi membayangi identiti syarikat sebenar, iaitu Aabar Investments PJS yang ditubuhkan di Abu Dhabi (subsidiari kepada International PetroIeum Investment Company (IPIC). Dalam prosiding sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa 1MDB membuat pinjaman US$975 juta daripada Deutsche Bank tetapi ia tidak pernah digunakan untuk menebus semula "Aabar Options" (pembelian pilihan yang dijamin oleh IPIC), ketika proses pembelian penjana tenaga bebas (IPP).


No comments: