Mmm..Mampoihla nak bayar.....


Bila baca laporan jawapan Menteri Bankers Tg Zafrul di Dewan Negara, Kerajaan menanggung lebih RM 41 Billion komitmen Hutang 1MDB.. kalau sapa takda rasa marah.. memang orang tu takda Iman.. hatta dia Ulama'..  kalau dia Ulama, maknaya dia Ulama Jahat..

Bayangkan kita (Kerajaan) terpaksa tanggung RM 40 Billion komitmen hutang ini hanya disebabkan dua watak jahat, Najib razak dan Jho Low.. ini fakta.. tapi tanpa rasa malu, ada Ulama hatta Ustaz mengajar tafsir Quran tanpa rasa malu dan berbangga pulak bergambar dengan Najib di Slim River.. mana pergi agama depa ? Orang Kafir pun tak teruk mcm ni.. tahu rasa malu..

Tahu tak apa maksud dan nilai RM 41 Billion hutang ni.. ? Mudah faham mcm ni..Jumlah RM 41 billion itu bersamaan 41 ribu juta.. Kalau nilai ini Kerajaan buat rumah percuma untuk Rakyat..maksudnya apa.. ?

Kerajaan boleh bagi percuma sebanyak 400 ribu unit rumah  bernilai RM 100 ribu/Unit kepada  setiap isi rumah dan Rakyat..mcm Kerajaan bagi rumah PRIMA percuma pada rakyat.. Rakyat tak perlu lagi bayar hutang Bank tiap bulan..Sewa rumah..Duit tu boleh belanja anak bini makan.. tak payah harap Moratorium..

Maknanya Kerajaan terpaksa tanggung hutang kita dengan Bank.. suka hati kita nak bayar atau tak sewa rumah.. dalam bahasa lain.. Kerajaan terpaksa bayar RM 1.7 billion faedah hutang pada Bank setiap tahun sebab bagi rumah percuma pada rakyat..

Bila kita dapat rumah percuma, apa yg kita faham.. ? Kata kan lah kita sewa rumah RM 500 setiap bulan, Setahun bagai kita dapat RM 6 ribu percuma dari Kerajaan..atau itu nilai sewa atau perbelanjaan isi rumah, ianya akan jadi kuasa beli rakyat dan kitaran tunai dalam ekonomi..

tak perlu lagi  rakyat susah keluar duit KWSP sendiri RM 500 setiap bulan sampai hilang RM 6 ribu duit simpanan hari tua.. dalam waktu yg sama KWSP hilang RM 40 billion duit rezab tunai dia untuk pelaburan..

Malangnya , kerajaan bukan tanggung hutang untuk Rakyat..Kita pulak tanggung hutang untuk kerja jahat Najib dan cina Jho Low.. Untuk makluman Cina Jho Low tu bukan DAP..tapi kenalan Najib..

tapi nak buat mcm mana gadai lah hak Melayu mcm mana pun..Bani Melayu lemah dalam kira kira..depa tak rasa apapun..janji dapat BRIM..

Jadi faham tak ? :)

Ipohmali

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Jabatan Kesihatan siasat aduan pelajar Kolej Matrikulasi Perak dikompaun RM1,500

  Abd Razak Mohd Ali April 19, 2021  DR NOOR HISHAM: Siasatan segera sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak. - Gambar fail IP...