PAS = Parti Auta Semalaysia,


Dean Said



Berpuluh tahun PAS melawan UMNO BN. Akhirnya, bendera Dacing jugak yg dijulang. Inikah yang dinamakan pejuang suara rakyat?

Semata-mata jawatan dan kuasa, segala prinsip habis tergadai. Laungan BN menjadi ganti. Harapan rakyat menjadi taruhan.

Lain pula cerita GPS? Sarawak untuk Sarawak? Apa makna semua itu. Dacing yang dulu kau tinggalkan kini kembali menjadi sahabat.

Dulu talak kau lafazkan, kini rujuk kau utamakan. Dulu kalah kau lepaskan, kini pintu belakang kau halalkan.

Setakat manis di hujung bibir, derita dirasa setiap masa. Selagi orangnya masih sama. Daya pemikirannya tak mungkin berubah.

Berapa banyak kali ular bertukar kulit, hakikatnya ia tetap ular. Mustahil akan berubah menjadi burung. Melainkan makhluk jadi-jadian. Sekejap kata itu, tiba masa kata ini. Umpama lidah bercabang dua.

Buka mata, bukalah minda, nilailah sendiri pimpinan mana yang jelas membawa suara rakyat. Memperjuangkan masalah rakyat.

Kerana duit maruah tergadai, kerana pangkat dan jawatan harapan rakyat kau abaikan.

Tunduk merayu meraih undi,
Mulut manis semanis madu,
Pabila menang tak kenang budi,
Rakyat merana sentiasa mengadu.