MB_SELANGOR-681x454
Kelihatan kenderaan rasmi kerajaan jenis Proton Perdana berwarna hitam dipercayai dinaiki oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba bersama rombongannya meninggalkan kediaman Menteri Besar Selangor di Shah Alam hari ini.
SHAH ALAM – Belum pun seminggu usia 
Kerajaan Negeri Perikatan Nasional (PN) di Kedah kinitimbul pula desas-desus Kerajaan Selangor 
pula dijangka tumbang tidak lama lagi.
Lebih menggemparkan apabila usaha untuk ‘merampas’ Selangor daripada Pakatan Harapan (PH) didalangi oleh beberapa pemimpin yang 
sama di sebalik Langkah Sheraton dahulu.
Menurut sumber MalaysiaGazette, satu 
pertemuan sulit berlaku di antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Hamzah 
Zainudin dan Datuk Seri Amirudin Shari di 
kediaman Rasmi Menteri Besar (MB) Selangor
 di sini hari ini.
Ia mula dihidu apabila penularan gambar menu makanan yang disajikan kepada 30 tetamu di kediaman MB Selangor hari ini di mana 
20 daripada adalah individu bertaraf VVIP di 
kediaman rasmi itu.Lebih menghairankan apabila pertemuan tertutup itu bermula jam 12 tengahari sehingga 3 petang tadi.
Tinjauan MalaysiaGazette ke kediaman rasmi MB Selangor  mendapati, tidak kelihatan kenderaan rasmi yang membawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi mahupun Menteri Dalam Negeri itu.
Sebaliknya, kelihatan kenderaan rasmi kerajaan jenis Proton Perdana berwarna hitam dipercayai dinaiki oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba bersama rombongan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
MalaysiaGazette menganggarkan hampir 10 kenderaan pelbagai jenis daripada KKM meninggalkan kediaman rasmi MB Selangor 
bermula jam 2.24 petang hingga 3.09 petang 
tadi.
Sementara itu, MalaysiaGazette juga 
dimaklumkan pertemuan sulit itu sebenarnya 
sudah dirancang lebih awal sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Memandangkan hubungan Mohamed Azmin 
dan Amirudin dikatakan tegang sebelum ini, rundingan berhubung pertukaran pentadbiran Selangor itu tidak dihadiri oleh Ahli Parlimen Gombak itu.
Sebaliknya Mohamed Azmin hanya menghantar wakilnya sahaja namun sumber tidak 
memberitahu tarikh dan masa pertemuan yang sebenarnya dilakukan oleh bekas Timbalan 
Presiden PKR dan bekas Ahli Majlis Tertinggi 
UMNO itu.
MalaysiaGazette cuba mendapatkan 
pengesahan daripada pejabat MB Selangor berkenaan pertemuan sulit itu dan menurut 
sumber, perjumpaan itu merupakan kunjungan hormat Menteri Kesihatan Malaysia bersama rombongan KKM kepada MB Selangor dan ia 
dibuat secara tertutup.
Desas-desus Kerajaan Selangor bakal tumbang selepas tindakan Lembaga Disiplin PKR yang melakukan pembersihan parti itu termasuk memecat dan menggantung keahlian beberapa
 Ahli Dewan Undangan (ADUN) PKR di Selangor.
Antara yang dipecat daripada PKR ialah 
Mohamed Azmin sendiri yang juga ADUN Bukit Antarabangsa dan ADUN Gombak Setia, Hilman Idham.
Bagi ADUN di Selangor yang digantung
keahliannya ialah Haniza Talha (ADUN Seri Setia) yang juga Ketua Wanita Keadilan kerana 
menghadiri pertemuan dengan bekas pemimpin
PKR itu, Mohamed Azmin dan Zuraida Kamarudin pada Februari lalu.
Selain itu, lima ADUN Bersatu juga kini menjadi pembangkang di Selangor, iaitu Harumaini Omar (Batang Kali); Mohd Shaid Rosli (Jeram); 
Sallehudin Amiruddin (Kuang); Adhif Syan 
Abdullah (Dengkil) dan EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, 
Datuk Abdul Rashid Asari (Selat Klang).
Kedudukan PH di Selangor semakin goyah 
apabila beberapa ADUN PKR di Selangor yang sebelum ini didakwa menyokong Mohamed 
Azmin mungkin akan menyokong kerajaan PN.
Malah sumber memberitahu ADUN-ADUN PKR itu telah dihubungi Mohamed Azmin sebelum ini dan mereka didakwa bersetuju membentuk Kerajaan 
PN di Selangor.