KISAH MAT SAJA BERBUAL DENGAN KAUM TIONGHUA



Tadi jumpa sekumpulan orang cina, peniaga di taman melawati. Abang kerajaan PN dah tak lama. Kalau abang ada duit beli saham sekarang bang. Aku tanya sebab apa? Mahyuddin dah tak lama.


Gambar sekadar hiasan untuk melayu cai dan mewaun



Kami dengar dia bukan positif covid 19. Dia sedang sakit. Kerajaan skrg takda direction. Menteri buta dan perangai mereka macam Tsar Nicholas, tak tahu apa. Dengar cakap bini tanpa sedar rakyat dah muak. (Yang ni aku tambah)

Kami orang cina nak berniaga bukan nak kacau orang melayu. Orang melayu anggap kami suka buat kacau. Sebenarnya yg nak buat kacau adalah puak yang nak kuasa. Kalau negara berpecah dan kaum di Malaysia bergaduh. Kami nak pergi mana lagi. Malaysia negara kami. Kami tengok statement perkauman yang dibuat banyak tak betul.

Isu arak, dikatakan DAP tak setuju. Cuba tanya kami kalau minum sampai mabuk dan membunuh. Mana kaum yang setuju? Takda sebab kami orang cina sokong orang mabuk kerana orang mabuk mana kenal kaum dan agama. Mungkin hari ni dia langgar melayu. Esok mungkin cina atau india pula yang kena langgar.

Abang, kasi tahu orang politik la. Politik perkauman tak untung ma. Kita semua rakyat Malaysia, mana mahu pergi kalau negara ni berperang. Negara ni orang luar suka tau. Senang cari makan. Aku pun duduk termenung memikirkan aqal pendel orang melayu. Nak kuasa jalan mudah dengan kipas isu perkauman dan agama. Macam Pak Pandir. Menang judi, kampung tergadai.

Manakala, yang pandai pula nampak macam pandai tapi tak cerdik. Dia ingat dengan kipas api perkauman dan isu Islam ditindas, negara kembali kepada orang melayu. Orang melayu kampung saja yang percaya puak ni. Kalau menang pun, negara jadi abu. Antara kaum ada sifat prejudice yang menebal. Balang kaca bila pecah memang boleh gam tapi kesan pecah tu tetap ada.

Bila kita berseteru dalam usaha mendapatkan kuasa seharusnya elemen good governance dan prinsip kenegaraan patut dijadikan alasan perdebatan.  Seperti isu rasuah, kezaliman, salahguna kuasa dan kronisme. Isu prinsip ni ia tidak menjahanam hubungan kaum dan kefahaman agama. Kerana semua agama tak suka rasuah, kezaliman dan salahguna kuasa.

Begitu juga isu arak dan rokok, mana institusi keluarga yang menyokong minum arak dan amalan pembaziran melalui menghisap rokok. Arwah TGNA dulu tak haramkan arak. Dia haramkan jualan arak ditempat terbuka seperti Speedmart dan 7 Eleven. Nak minum boleh beli arak dan minum dekat rumah.

Covid 19 telah mengajar kita bahawa beli dan makan di rumah boleh dilaksanakan dan rakyat ikut arahan kerajaan. Kenapa tak boleh buat pada amalan minum arak. Kerajaan keluarkan lesen arak pada peniaga dengan kawalan ketat.

Begitu juga merokok. Kajian 2019, mendapati Menteri Kesihatan mendapat kedudukan tertinggi dalam rating inisiatif menteri yang diterima rakyat. Rakyat sangat menyokong larangan merokok di premis kedai makan dengan syarat 3 meter. Contoh, saya ada asma, kalau ada orang hisap depan saya. Saya dengan senang hati berjalan ke depan orang yang hisap rokok dan bagi warning. Nak hisap atau nak kena denda.

Perdebatan dua asas di atas tidak akan memecahbelahkan keutuhan asas sebuah negara iaitu masyarakat, perpaduan kaum, rasa hormat kepada kepercayaan beragama. Jika asas ini dicampur-aduk dengan alasan kaum dan agama demi kuasa. Anda kehilangan kesemuanya. Anda sebenarnya telah merosakkan asas kenegaraan.

Ini tidak isu seperti merokok dan arak kita kaitkan dengan sentimen bangsa dan agama. Hasilnya, bukan kebaikan yg kita dapat. Yang merokok terus merokok selepas PN memerintah dan peminum arak terus berharajalela selepas PN memerintah kerana isu kita perjuangkan bukan untuk rakyat dan negara tetapi untuk kuasa.

Ingatan kepada cerdik pandai melayu. Anda sepatutnya menjadi agen penyatuan bangsa bukan minyak yang menyemarakkan pergaduhan dan perpecahan. Saya lihat anda terlalu ghairah dengan semangat melayu dan Islam anda, dan anda rasa apa yang anda buat itu memberi manfaat kepada bangsa dan agama kamu.

Sebenarnya, pada kami majoriti rakyat melayu melihat anda lebih kera dari kera. Lebih buaya dari buaya. Ada tak untung, takda pun lagi tersangat untung.

Ikhlas dari Mohamad Saja
Pembenci penjual bangsa dan pedagang agama


No comments: