Bukan rakyat atau kera, tetapi mabuk kuasa bentuk kerajaan PN

Bukan rakyat atau kera, tetapi mabuk kuasa bentuk kerajaan PN



Beliau turut memulangkan paku buah keras dengan berkata sekurang-kurangnya Presiden Pas itu sendiri mengakui bahawa kerajaan Pakatan Harapan dipilih oleh rakyat melalui Pilihanraya yang lalu.
Namun beliau melahirkan tanda tanya, siapa pula yang mengundi kerajaan Perikatan Nasional ketika ini.
“Soalan di sini siapa pula yang mengundi memilih kerajaan Perikatan Nasional yang menceroboh masuk melalui pintu belakang?
“Bukan rakyat atau pun kera yang mengundi memilih PN.
“Mereka yang mabuk kuasa lah yang bernafsu besar tanpa maruah serta tidak sabar mengidam menjadi kerajaan melalui pintu belakang,” sindirnya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional itu lagi, tindakan Pas ketika ini yang bekerjasama dengan ‘buah buruk’ iaitu Umno-Bn malah pastinya menyebabkan kera pun tidak berhasrat untuk mendampingi buah kalau sudah buruk kerana baunya
Beliau menasihatkan adalah lebih baik agar Pas menumpukan usaha untuk mentadbir kerajaan hari ini dari memburukkan kerajaan PH.
“Saya nasihatkan Pas dan PN tidak perlu memburukkan PH kerana ianya tidak akan membuat PN lebih baik.
“Tidak perlu juga hujah jika kera hajatkan durian mentah atau tidak, kerana realitinya rakyat memilih kerajaan PH dan kerajaan PN tidak di restui dan bukan melalui undi rakyat,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Kamarul membangkitkan beberapa isu menjadi perhatian ketika ini terutama berkait undang-undang melibatkan pemandu mabuk.
Beliau berkata, Pas seharusnya bertanya kepada Setiausaha Agongnya sendiri, mengapa isu yang dibawa PH untuk dibentangkan di Parlimen tidak di benarkan.
Menurutnya, perbincangan di media sosial hanya untuk mencari publisiti adalah sia-sia sekiranya penyelesaian boleh dibuat di Parlimen tetapi dihalang Menteri-Menteri mereka sendiri.
“Memandangkan isu mabuk dadah di Kelantan pun tidak ada penyelesaian dan kekal di antara yang terburuk di Malaysia, saya tidak yakin Pas boleh mencadangkan penyelesaian baik untuk mabuk arak pula.
“Beranilah dan adakan sidang Parlimen dengan perbahasan yang bermakna jika mahu luluskan undang-undang baru mabuk arak,” ujarnya lagi.


No comments: