AMERIKA DAN CHINA MUNGKIN BERPERANG DALAM 18 BULAN???



Sebuah think tank berpengaruh Amerika Syarikat, Council of Foreign Relations (CFR) menjangkakan peningkatan risiko konfrontasi ketenteraan antara Washington dan Beijing dalam tempoh 18 bulan akan datang ini.
"The risk of military confrontation in the South China Sea involving the United States and China could rise significantly in the next eighteen months, particularly if their relationship continues to deteriorate as a result  of ongoing trade frictions and recriminations over novel Coronavirus pandemic, " kata CFR dalam laporannya beberapa hari lepas.
Terjemahannya lebih kurang macam  ini - - risiko konflik ketenteraan antara dua negara itu akan meningkat dalam 18 bulan ke depan ini berikutan hubungan diplomatik mereka yang semakin memburuk akibat isu perdagangan dan COVID-19.
CFR yang ditubuhkan pada 1921 adalah sebuah think tank yang pakar dalam bidang dasar luar dan hal ehwal antarabangsa Amerika Syarikat.

Ia berpengkalan di New York dan sering memberi nasihat dalam perkara-perkara mengenai dasar kepada pentadbiran Amerika Syarikat.
Bagi pemerhati, apa yang diperkatakan oleh CFR "carry weight".
China menurut CFR, menganggap Laut China Selatan sebahagian daripada wilayahnya yang tidak boleh dipisahkan.
Menjadikan Laut China Selatan sebahagian daripada wilayahnya merupakan "China Dream" Presiden Xi Jinping.
Presiden Xi menurut think tank itu akan memperkukuhkan lagi tuntutannya terhadap Laut China Selatan bagi menguatkan lagi cengkamannya terhadap Parti Komunis negara itu.
Ini berikutan keadaan politik yang semakin memburuk di Hong Kong, penyatuan dengan Taiwan yang semakin tipis atau peningkatan kritikan dalam negara mengenai gaya pengurusannya dalam mengendalikan isu COVID-19.
Dengan pertumbuhan ekonomi China dijangkakan 1.2 peratus tahun ini, Presiden Xi terpaksa memperlihatkan kekuatannya dalam mengendalikan pelbagai isu dalam dan luar China.
Dan isu Laut China Selatan memberikan peluang kepada Xi.
Berjaya menangani Amerika Syarikat dalam isu Laut China Selatan akan meningkatkan imej Presiden Xi di mata rakyat negara Komunis itu dan kekal di kerusi empuk presiden China itu.
-- DEFENCE SECURITY ASIA



Gambar kredit US 7th Fleet menunjukkan pesawat FA-18E Super Hornet berlepas dari USS Ronald Reagan di Laut Filipina.


No comments: