MENILAI PRESTASI AZMIN SEJAK 1999-2020.


Salam mamu

Apa yang hebat sangat bila diperkatakan tentang azmin ali ? Ramai kata dia hebat dalam sudut perancangan ekonomi. Juak2 azmin kerap menyatakan yang beliau bakal pemimpin.

Sejarah politik azmin selepas reformasi dan penglibatan dalam parti lebih berkisar kepada mencantas pesaing dan merebut kuasa.

Beliau suka tampil di persada politik public jikalau sesuatu itu memberi keuntungan dan boleh diraih publisiti politik.

Di kala ramai reformis dan penggiat parti kerap keluar masuk penjara ..azmin jarang ke masuk ke situ.

Azmin sejak dahulu memang tidak suka orang lain melebihi beliau dalam parti. Tanya bekas2 pemimpin parti dari ngo abim dan jim. Cuba tanya dr syed husin, ts kalid ibrahim dan rafizi. Semuanya terbuang gara2 mainan licik politik azmin.

2008 pakatan rakyat tawan selangor. Banyak program dan insentif rakyat dilakukan oleh kalid ibrahim. Akhir kalam kalid ibrahim terbuang dan azmin sekadar meneruskan legasi lama. Yang orang ingat pasal azmin waktu mula2 jadi mb ialah dia berlakon masuk longkang bersihkan longkang yang dah dibersihkan oleh pekerja majlis.



Azmin selaku menteri kanan selepas khianat takde memberi impak kepada sektor ekonomi. Cakap beliau tiada memberi kesan positif kepada ekonomi. Ideanya merepek seperti memberi kebenaran sektor gunting rambut beroperasi sewaktu PKP. Perancangan ekonomi beliau melayang dan mati selepas press conference tamat. Tiada kesinambungan ide dan mati.

Tak boleh nak tulis panjang pasal azmin kerana takde apa2 sumbangan beliau kepada masa depan negara.


No comments: