LUPAKAH RAKYAT MOMEN YG ANDA BERIKAN SELURUH JIWA KEPADA NEGARA TERCINTA INI?



HAMSINA HAMZAH






Ikutkan hati, biar Muhyidin dan PN kayuh COVID19 dan ekonomi merudum ni. Nak sangatkan jadi kerajaan?

Tapi bila mengenangkan negara ini akan hancur dan nasib rakyat lebur, harapan kepada PH, kembali memulihkan . Tapi tulah sikap wakil-wakil jahat. Setiap kali negara pulih, mereka nak khianat supaya rakyat selamanya tidak merasa kemerdekaan!

Bayangkan PH, telah mengalahkan satu kerajaan yang telah mentadbir Malaysia selama 60 tahun. Baru 22 bulan dalam pemulihan, dikhianat pula oleh rakan kongsi yang sangat mementingkan diri.

Rakyat pun sama ingat PH urus negara guna khidmat Doraemon  dengan tongkat sakti. Sebut sahaja "Malaysia makmur" terus makmur? ✴️ Jika ada tongkat sakti saya nak saja seru semua penyokong mewa tu hilang atau jadi wax figurines dan letak sebagai pameran dalam musium! ✴️Merekalah yang lebih jahat, menyokong wakil-wakil rakyat jahat untuk kekal jahat hanya dengan sedikit upah.

Dari dulu saya katakan, penyokong lebih jahat dari ketua! Ketua kalau jahat tak ada sokongan, dia jahat seorang diri dan tidak kuat. Tapi dengan sokongan padu penyokong jahat, itu yang menjadikan perangai mereka mengalahkan syaitan!

Sekarang musim PKP, mereka faraid segala khazanah yang berbaki. Esok-esok jika didapati bersalah, masuk mahkamah senang sahaja, samada tak jawab soalan yang diajukan atau cakap sahaja tidak tahu.

Contoh punya banyak, yang terbaru curi 1.25 bilion bayar 400 milion. Kalau rakyat curi 1 tin susu nak bagi anak minum kena penjara. Jika rakyat khususnya Melayu masih nak pemimpin begitu memang sah la Malaysia ini mempunyai ramai rakyat jahat dan HANYA layak berpemimpin jahat.

Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan kaum itu yang bangun berubah dahulu. Jika Melayu redha penyamun, perompak, perasuah, pedagang agama mengkhianati bangsa dan agama mereka, maka terimalah dan jangan nak menyalah bangsa lain atas kebodohan dan kebiolan kamu. Kamu adalah apa yang kamu pilih dan setiap pilihan akan dipertanggungjawabkan ke atas kamu.

Melayu sangat suka cerita pasal syurga dan neraka di hari kemudian, sedangkan neraka kau dah tempa di dunia ini apabila memilih wakil-wakil yang zalim penindas agama dan bangsa!


No comments: