Malaysia luar biasa: Bulan puasa, sibuk rebut kuasa – Ezam
Mohamad Ezam Mohd Nor
ULASAN: Ramadhan Mubarak.Selamat beribadah yang dipertingkatkan di penghujung bulan puasa.
Malaysia luar biasa. Bukan sahaja sebok berpuasa. Sebok berebut kuasa.
Bulan puasa, bulan menahan lapar dan dahaga. Di Malaysia bulan puasa, bulan mempertahan kuasa.
Tidak mengapa orang kata kita gila, Parlimen dibuka, berbahas tiada. Asalkan kuasa bisa dipertahan.
Sebelum bulan puasa ada juga kisah luar biasa. Seorang berumur lebih 90 tahun , sudah 22 tahun berkuasa. Masih bermatian pertahan kuasa. Tambahan kuasa 2 tahun dikali kedua masih belum cukup. ‘Berilah saya tempoh masa lagi’.
Bulan puasa tahun lalu. Orang berpuasa, ada menteri buat kerja gila dan onar dikamar hotel. Sebab dia berguna untuk pertahan kuasa, dosa dia boleh jadi kabur, lebur.
Parlimen hanya alat. Intinya kuasa. Dalam Al Quran banyak sebut hal kuasa. Ini bulan Al Quran, siang malam kita baca, kita tak rasa apa-apa?
Kalau Ramadhan dan Al Quran tidak mengajar kita dan tidak memberi kesedaran kepada kita, kita mahu jadi apa?
Ya, kita jadi bangsa hebat didunia. Sejak beberapa tahun lalu dunia lihat kita ada PM gila harta, curi harta negara paling hebat didunia.
Sekarang dunia lihat kita ada PM gila kuasa. PM 22 tahun plus 2 tahun ‘tak cukup-cukup masa’ lawan PM di parlimen ‘tak cukup-cukup kerusi’.