MAHATHIR HANYA JADI DURI DALAM DAGING BUAT PH ?


Ibrahim Mat Isa

Sampai ke saat terkini beliau masih lagi menempek di gelanggang PH padahal umum tahu parti Bersatu sudahpun mengkhianati PH dengan bantuan beberapa si kitol dari PKR sehingga jatuh sebuah kerajaan.

Untuk apa Mahathir dari awal membawa usul tidak percaya kepada Muhyiddin Yassin sebagai PM sedangkan itu bukanlah agenda PH yang sebenarnya ketika musim Covid19 ini masuk ke parlimen bagi sidang kali ini.

Anwar Ibrahim bukan manusia kemaruk jawatan sampai mesti usul tak percaya, yang beliau tekankan ialah bincang bajet pakej ransangan ekonomi ketika Covid19.



Mahathir tidak boleh dibiarkan bebas mempengaruhi PH, beliau sudah wajib menjadi pengekor sahaja jika masih himpit PH. Sekarang PH sudah tidak ada pengerusi lagi.