Bermodalkan DAP, Umno perangkap Pas, Bersatu
Ibarat mengupas kacang Ngan Yin cap tangan sahaja, UMNO memerangkap PAS dan sebahagian Bersatu.
Hanya dengan perniagaan bermodalkan ‘cina DAP’, keseluruhan kepimpinan PAS disemua peringkat serta sebahagian pimpinan Bersatu telah berjaya dibeli oleh UMNO.
Kini semuanya tunduk menjadi ‘khadam baru’ UMNO.
Masakan tidak… dengan menggunakan PAS dan Bersatu untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat, UMNO kini menggunakan sepenuhnya ‘kuasa’ yang diperolehi untuk menekan kedua-dua parti PAS dan Bersatu…
Ternyata, istilah win-win yang dicanangkan, adalah semata-mata retorik UMNO. Yang nyata dan jelas, yang benar-benar ‘win’ dalam percaturan rampasan kuasa ini adalah UMNO.
Satu yang sangat jelas, adalah melalui perlantikan di GLC. Bagi GLC yang dikategorikan sebaaig ‘lubuk duit’, di sana Pengerusi GLC nya mesti dari UMNO. Lihat di TNB, di Prasarana, di Bostead, di Felda…dan beberapa tempat lagi, hampir semuanya dikuasai oleh UMNO.
Di mana PAS dan Bersatu?… Di LPP, di Kejora, di Kemubu…, Semuanya tempat yang masalahnya lebih banyak berbanding laba.
Cerita yang sama jugak berlaku di negeri. Contoh terbaiknya Johor, disusuli Melaka, Perak dan tak lama lagi Kedah… Yang dominan dalam memonopoli jawatan-jawatan di dalam GLC lubuk duit wajiblah UMNO.
Ternyata daalm ‘game’ ini, UMNO sangat advance dan jauh ke hadapan dalam bab menangguk peluang.
Ternyata UMNO menggunakan sepenuhnya bargaining power mereka selepas mendapat kuasa.
Ternyata UMNO menggunakan sepenuhnya bargaining power mereka selepas mendapat kuasa.
Di mana PAS dan sebahagian Bersatu?…
Cukup…mereka sekadar ‘puashati’ berjaya menubuhkan sebuah kerajaan ‘tanpa DAP’…
Biarlah…. Dapat seekor dua jadi Menteri dan Timb Menteri…cukup lah.
Yg penting, kerajaan tanpa DAP…
Sebaliknya di kem UMNO, mereka akan menggunakan peluang ini habis-habian untuk terus menjarah harta negara… Sebabnya, mereka sedar, inilah peluang terakhir mereka untuk mengumpul seberapa banyak dana bagi meniti zaman ‘persaraan’ untuk selama-lamanya selepas PRU ke 15 nanti…
Mudahnya Melayu bodoh ditipu Melayu jahat!