BUAT AHLI PKR..



Azhar Archil

Buat ahli-ahli PKR...

TEAM AZMIN PENUH GENERAL(Jeneral la sangat) TAPI TIADA ARMY

Apalah yang kalian gundahkan wahai ahli-ahli PKR? Mungkin yang baru ikut ikut politik terasa tidak senang duduk. Ramainya bersama Azmin dan Zuraida... tapi tahukah mereka yang mengikuti Azmin dan Zuraida itu kenapa?

Saya bukan ahli mana-mana parti tetapi saya sangat dekat dengan penubuhan PKR. Cuma sebagai pengamal media dahulu saya mesti neautral.

Parti PKR ditubuhkan di jalanan. Setiap minggu kami akan ke jalanraya. Dikejar, ditembak gas pemedih mata, ditembak air dan aksi kejar mengejar dengan FRU dan SB itu sudah seperti permainan polis sentri. Kami pun dah tak larat nak lari lagi dan polis yang mengejar kami itu pun barangkali sudah pencen.

Ketika itu tiada ahli politik yang hebat bersama. Yang memegang kuasa semua takut bersama kecuali para akademik dan pengikut setia Anwar Ibrahim.

Anak-anak muda dan mereka atas pagar tidak kenal siapa Anwar Ibrahim. Maksud kenal itu bukan mengenali tubuh badannya tapi perjuangan Anwar dan ketokohannya.

Sebab berita fitnah ditabur setiap malam oleh rejim Mahathir ketika itu untuk memburukkan imej Anwar telah membuatkan ramai yang merasakan Anwar biasa-biasa sahaja.

Bila Anwar bercakap bab ekonomi... ada bertanya siapa Anwar bercakap bab ekonomi. Tahukah kalian dunia mengiktirafkan beliau sebagai antara Menteri Kewangan terbaik Asia dan dunia. Malaysia digelar harimau ekonomi Asia.

Sebab itulah apabila Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin dulu terbuang mereka sanggup datang ke mahkamah untuk bertemu Anwar Ibrahim. Sebab mereka tahu Anwar sudah membentuk jutaan rakyat memahami perjuangan idealismanya. Tanpa Anwar... Mahathir dan Muhyiddin tidak mana-mana.

Membina PKR bukan mudah terutama dari sumber kewangan. Yang banyak membantu PKR ketika itu ialah Allahyarham Tuan Guru Fadhil Nor, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Mahu tidak mahu PKR ditubuhkan atas dasar untuk memperjuangkan idealisma Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dengan kebijaksanaannya telah menyatukan parti-parti pembangkang. Teori yang sangat mudah dalam berpolitik untuk menumpaskan BN tetapi tidak difahami oleh PAS dan DAP sebelum itu.

PKR menjadi jambatan kepada PAS dan DAP yang jelas berlainan ideologi. Bermula PRU 1999 banyak liku-liku perjuangan di laluai Presiden Anwar. Kawan-kawan politik di dalam UMNO yang memuja atau mendampingi beliau meninggalkannya.

Anwar Ibrahim benar-benar bersendirian tetapi ratusan ribu rakyat menyambutnya di Dataran Merdeka hingga ke Masjid Negara yang tidak akan pernah dirasai mana-mana pemimpin politik walaupun Mahathir sekalipun. Anwar disokong oleh rakyat bawahan. Payah nak jumpa Dato apatah Tan Sri bersama Anwar ketika itu.

Bagaimanapun ramai teman seperjuangan yang tidak tahan dengan penderitaan melawan BN telah beralih arah atau lari dari perjuangan politik. Tapi bukan bagi Anwar, bertahun di penjara... dia keluar dia lawan. Dia dedahkan segala kepincangan. Tak serik-serik tapi suatu sifat terpujinya dia tidak pernah berdendam dengan musuh politiknya.

2008 ia seperti membuahkan hasil. Tanpa mengenal putus asa dengan bantuan media sosial rakyat mula sedar. Hingga PRU 14 yang lalu perkara yang dianggap mustahil akhirnya berlaku apabila BN dan UMNO dikalahkan.

Rakyat sudah benci dengan korupsi dan salah guna kuasa BN. Malangnya peristiwa si kitol ketika zaman Kesultanan Melaka berterusan wujud di dalam PKR. Nama Azmin Ali akan dikenang dalam sejarah Malaysia sebagai si kitol yang jahat mengkhianati rakyat.

Azmin menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar untuk memecah belahkan partinya kerana ketamakkan kuasa. Selepas menjadi Menteri Pusat dia terus menggunakan kelebihannya untuk memikat ahli/ PKR dengan 'dedak' samada diberi jawatan atau projek.

Maka satu persatu maruah ahli politik tergadai dengan tawaran-tawaran.  Ini fakta... saya mahu tanya kepada pemimpin  PKR dan ahli-ahli  PKR, jika Azmin tiada kuasa apakah 'kartel' ini tertarik dengan perjuangan (kita pun tak faham apa perjuangannya) Azmin dan Zuraida ini?

Cuma saya merasa hairan maaf kata 'kebodohan' pengikut Azmin yang bergelar kartel. Baiklah jelas idealisma perjuangan mereka bukan membela rakyat dan menganggap politik sebagai wadah mencari kekayaan...tapi adakah mereka tidak dapat fikirkan menjelang PRU 15 ke mana arah tuju perjuangan mereka nanti?

Jika bersandarkan kepada aura kepimpinan Ezam Mohd Nor dan Rouslan Kassim jauh lebih hebat dari Azmin. Tapi kedua nama itu tidak ada kuasa ( jawatan ) jadi sukar membentuk penyokong.

Ya sekarang Azmin ada kekuatan politik tetapi tidakkah kartel ini tahu UMNO, PAS, MCA, MIC dan parti-parti Sarawak secara rasmi menolak menyertai PN iaitu kerajaan Muhyiddin dan Azmin.

Hubungan Umno dan parti-parti lain dengan PN hanya satu persefahaman sahaja atau bersifat sementara. Bila-bila masa sahaja kerajaan PN ini akan tumbang. Pengikut kartel mesti ingat pada PRU 15 atau mungkin akan tumbang sebelum itu...kemungkinan besar mereka terpaksa bertanding menentang PAS, UMNO dan PH sendiri.

Anda yakin Azmin Ali ada pengikut? Azmin diibaratkan sebagai seorang Panglima Perang yang tidak mempunyai tentera. Yang menyokong Azmin Ali hanyalah pemimpin-pemimpin yang dilantik oleh rakyat yang menyokong PH atau PKR dan bukannya kerana Azmin Ali.

Jadi kepada ahli-ahli PKR yg gundah. Percayalah PKR telah melalui kehilangan beramai-beramai pemimpin. PKR lemah seketika tetapi semakin kuat hingga mampu menjatuhkan kerajaan BN.

Ahli PKR ada berjuta jika yang keluar 50 ribu orang apalah sangat.  kekuatan PKR  bukan kepada pemimpin tetapi kepada  idealismaAnwar Ibrahim. Percayalah paling lama dalam 3 tahun lagi Azmin Ali akan jadi ahli politik yang terbuang. Jika dia terbuang pemimpin-pemimpin yang bersama Azmin akan menjadi sampah politik sepertimana berlaku kepada pemimpin PKR terdahulu.


ULASAN AGAK BAIK,TETAPI UNTUK MENJADI PENULIS YANG BAIK EJAAN ADALAH PERLU UNTUK DIJAGA DAN BUKAN TULISAN RINGKAS.