"Kerajaan Beta" - YDPA


FAEZUDDIN PUAAD


1. Menjunjung kasih di atas titah ucapan KDYMM SPB YDP Agong sempena penyempurnaan Istiadat Pembukaan Parlimen Penggal Ketiga Parlimen ke-14 . Daulat Tuanku.

2. Menarik perhatian saya pada komen penyokong PN yang teruja dengan perkataan "kerajaan beta". Timbalan Menteri Belia dan Sukan pun turut teruja sama. Saya harap penyokong PN tak usah terlalu teruja dengan perkataan "kerajaan beta" itu. Barangkali penyokong PN baru kali pertama tonton perasmian pembukaan Dewan Rakyat.

3. Tak salah untuk teruja tapi perlu berpada. Kerana ada sebahagian penyokong PN jadikan "kerajaan beta" sebagai benteng supaya kerajaan PN tidak dikritik, minta PH hormat YDPA dan sebagainya.

4. Seolah kalau kita kritik kerajaan PN bermakna kita kritik YDPA. Saya kira ini konsep yang tak betul.

5. Sebenarnya begini, tidak kira siapa memerintah, YDPA pasti akan sebut "kerajaan beta" bagi maksud kerajaan semasa yang sedang memerintah atau government of the day.

6. Ketika PH memerintah, YDPA juga sebut "kerajaan beta" sebagai satu pengiktirafan. Tetapi pembangkang pada waktu itu tetap kritik PH, fitnah PH dan kutuk PH. Tak timbul pula soal biadap atau kurang ajar kepada YDPA masa tu?

7. Saya harap kita semua boleh baca dan cuba fahamkan mengenai sistem pemerintahan negara Malaysia. Sekurang-kurangnya kita ada sedikit ilmu sebelum nak komen apa-apa.

8. Boleh rujuk teks titah YDPA sewaktu PH jadi kerajaan :http://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/perkhidmatan/koleksi-titah-YDP-agong

.


No comments: