*FENOMENA KELUAR PARTI DALAM PKR PASCA GERAKAN SHERATON*



Prof Aziz patut tahu membezakan antara pembersihan fizikal dgn pembersihan pemikiran.

Pembersihan parti dari sudut fizikal dgn pembersihan pemikiran melahirkan natijah yg berbeza.

Yg berlaku dalam PKR sekarang adalah pembersihan fizikal, iaitu terkeluarnya satu kumpulan berkepentingan tertentu, yg merasakan satu sosok pemimpin lebih baik dari satu sosok yg lain, bukan berdasarkan keluarnya satu jamaah yg mendokong suatu bentuk pemikiran yg berbentuk pemulihan atau reformasi idea, atau tajdid bagi sebuah gerakan Islam (baca; Parti Amanah Negara)

Maka pembersihan fizikal dalam PKR yg berlaku sekarang ini menurut penilaian saya langsung tidak memberi apa2 kesan ke atas PKR itu sendiri. Ia ibarat mencantas dahan2 rapuh, bukannya mencabut akar.

Keluarnya sekelompok ahli PKR yg berpaling tadah ini sebenarnya pembersihan fizikal yg akan menguatkan lagi kedudukan PKR dalam pentas politik negara.

Saya fikir, kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sbg "Tugu Reformasi" langsung tidak terjejas meskipun org nombor dua dalam parti itu turut sama terkeluar dalam pembersihan ini.

Kekuatan DS Anwar bukan hanya terletak di atas sosok tubuhnya sbg Bapa Reformasi, tetapi juga memiliki legasi kepimpinan perwarisan yg berkarisma.

Selain isterinya DS Wan Azizah yg senantiasa bersama yg akan bertindak sbg "fill in" komposisi bapa reformasi, ia juga memiliki pewaris yg menjaga Permatang Pauh kini, bakal bersinar dalam politik di masa depan.

Maka, saya melihat fenomena yg berlaku dalam PKR skrg adalah ibarat "pesakit luar" yg sedang  melalui fasa pemulihan jangka pendek yg akan bakal memperkasakan lagi parti yg bakal mendominasi pentas politik di masa depan.

*DMA*
17 Mei 2020