PARLIMEN TANPA SIDANG RAMPAS MANDAT RAKYAT





Sebagai mengulas mengenai sekatan tersebut, PAKATAN HARAPAN, BERSATU dan WARISAN telah mengeluarkan kenyataan bersama pada 14 Mei 2020. "Arahan ini amat dikesali dan cukup mendukacitakan, kerana Parlimen seharusnya berfungsi sebagai wahana bagi suara rakyat dan tiang seri demokrasi. "Ini juga merupakan kali pertama dalam sejarah lebih enam dekad Parlimen Malaysia di mana sebuah majlis mesyuarat berjalan tanpa sidang penuh. "Tindakan ini semestinya akan dilihat oleh rakyat sebagai keengganan Perdana Menteri berhadapan dengan Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang," kata mereka dalam satu kenyataan.