MGF06042019_Statut-Rome-PWTC_09
Mohd Khairul Azam Abdul Aziz
KUALA LUMPUR – Parti Putra menempelak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang didakwanya telah membuka peluang kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Perguruan untuk lulusan UEC.
Naib presidennya, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa, ia telah menyebabkan peluang kemasukan untuk lulusan SPM, STPM SMA dan SMU menjadi terhad akibat Tempat telah turut terpaksa di kongsi dengan lulusan UEC yang tidak di iktiraf oleh sistem pendidikan kebangsaan.
“Putra percaya dasar pintu belakang ini telah sempat diluluskan ketika rejim pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sebaik sahaja sebelum tumbangnya Kerajaan PH akibat perletakan jawatan tiba-tiba PM7 (Tun Dr. Mahathir Mohamad),” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd. Khairul, lulusan UEC yang tidak berjiwa patriotik kepada Malaysia Sebaliknya patriotik kepada Republic Rakyat China pastinya akan menyebabkan masalah jangka panjang dalam sistem pendidikan negara dan seterusnya menjejaskan perpaduan kaum.
“Putra mendesak Menteri Pendidikan Kerajaan Perikatan Nasional dapat segera bertindak membatalkan peluang kemasukan parasit UEC ini ke sistem pendidikan negara dan bertegas mengutamakan peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia yang telah mengikuti sistem Pendidikan Kebangsaan sejak dari Sekolah Kebangsaan, dan bukannya memberi muka kepada pendatang yang membawa masuk sistem yang tidak menyumbang kepada semangat patriotism dan pemecahbelah perpaduan,” katanya lagi.
Menurutnya, sekiranya Menteri Pendidikan tidak segera bertindak menghentikan dasar diskriminasi lulusan sistem Pendidikan Kebangsaan ini, Putra akan mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia sebagaimana tindakan saman mencabar keabsahan sekolah vernakular yang sedang berjalan di mahkamah sekarang.
“Cukup-cukup lah berbudi kepada pendatang kerana pendatang tidak pernah akan menghargai budi tuan rumah malah telah terbukti apabila mereka berkuasa, keturunan tuan rumah pula di halau dan di tindas,” katanya.- MalaysiaGazette