KERAJAAN KICA

A.Kadir Jasin

Di bawah ini adalah pengesahan dan keluhan ahli Parlimen Muar, Saudara Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman.

Setelah sengaja mengetepikan MB dan KM negeri-negeri bukan takluk "Perikatan Nasional" daripada mesyuarat pusat mengenai COVID-19, adakah kerajaan KICA (kerajaan ikut celah atap) melancarkan pula program diskriminasi? 

Adalah ini sikap kerajaan Melayu-Islam yang dikepalai oleh anak seorang guru agama?

Kerajaan Melayu-Islam yang kononnya mahu selamatkan agama, bangsa dan negara daripada Cina DAP.

Atau ini satu lagi kes terlepas pandang yang akan disalahkan ke atas kakitangan awam?

Kalau kerajaan kleptokrasi Najib mencuri duit rakyat jelata dan menghukum pengkritiknya, kerajaan KICA menyekat peruntukan kepada rakyat jelata di atas alasan yang sama.

Teringat malam terakhir kempen PRU 2018, Tun Daim dan saya turun berkempen di Pagoh untuk bantu calon Pakatan Harapan Pagoh.

Wallahuaklam.Terima kasih.

👇👇👇 Mesej Syed Saddiq.

Salam.

Saya baru mendapat pengesahan bahawa Parlimen Muar tidak disenaraikan untuk menerima peruntukkan tahunan Ahli Parlimen.

Saya sudah menghubungi bahagian ICU untuk sahkan perkara ini dan dimaklumkan bahawa Pejabat Perdana Menteri sendiri yang tidak masukkan Muar dalam senarai.

Saya ingin mengajukan soalan di sini dahulu sebelum mengambil tindakan lanjut, kerana masih menghormati Tan Sri Presiden.

Masa COVID-19 melanda negara, masa ini juga lah orang Muar ditarik bantuannya.

Apa salah saya?

Kerana saya menyokong Tun M?

Kerana saya tidak mahu berkerjasama dengan Najib & Zahid yang dikenali satu dunia sebagai Kleptokrat?

Dahulu Team Najib ugut ibu & ayah saya. Tarik sumber pendapatan saya. Sampai Majlis Konvokesyen saya sendiri di UIAM pun terjejas kerana lawan kleptokrat, sampai hilang peluang ibu lihat anaknya naik ke pentas.

Pelbagai jenis sogokan ditawarkan untuk membeli jiwa supaya saya tikam parti di belakang. Supaya saya buat PC    hentam Tun & Tan Sri.

Tetapi Saya tetap kekal setia bersama Parti dari mula, sampai akhir.

Apa salah orang Muar? Apa salah saya?

Mohon penjelasan.

Terima kasih.

No comments: