SEMPAT IKUTI WAWANCARA WARTAWAN DENGAN GURU TOK DAN MENTERI ALAM SEKITAR
Tok sempat ikuti wawancara wartawan dengan guru tok dan menteri alam sekitar yang juga timbalan presiden parti tok, tuan berahing.
Wartawan: Tuan Presiden, apa komen tuan presiden tentang kerajaan baru sekarang, adakah syarie atau bagaimana?
Guru tok: Semua amalang bergantung pada niat. Kalau kite nok sesuatu, kite kena niat molek, pahtu tak kisoh nak ikut mane...ikut pintu ke...ikut atap ke...tak kisoh...syarie belake...
Wartawan: YB menteri alam sekitar. Bagaimana kita mahu tentukan negara kita bebas dari pencemaran alam sekitar?
YB menteri: Pertamanya, jangan tanam musang king. Sebab, kalau makan durian, kita akan kentut. Kentut ni bukan saja boleh batalkan solat kita, tapi akan mencemarkan alam sekitar.
Wartawan: Tuan Presiden, mengapa tuan tidak dapat jawatan menteri sedangkan tuan adalah presiden sebuah parti yang punyai ramai ahli parlimen yang ikut atap?
Guru tok: Ikut islang, jangang beri jawatang kepada yang mintok jawatang. Maka, ambe pun buat-buat la tak mintok jawatang konongnye ambe ghase ambe akang diberi jawatang timbalang perdana menteri. Rupa-rupanyanya PM tidak ikut cara Islang, ambe tak mintok jawatang, langsung dia tak mboh beri...kalau ambe tau gitu, molek ambe mintok awal-awal lagi...natang berok sungguh...
Wartawan: YB menteri, adakah kerajaan pintu belakang ini akan menutup kilang Lynas? Bukankah islam mewajibkan penjagaan alam sekitar?
YB Menteri: Zaman Nabi dulu kilang Lynas tak wujud maka Nabi dan para sahabat tak pernah ajar kita tutup kilang Lynas.
Wartawan: Tuan Presiden, bagaimana kita mahu pastikan kerajaan ikut atap dan pintu belakang ini akan berjaya menjadikan negara ini maju dan membangun?
Guru tok: Kita kena ada rukung negara. Semayang pun kena ikut rukung. Ini pulok perintah negara.
Wartawan: Apa kaitannya dengan kemajuan negara, tuan presiden?
Guru tok: Rukung negara itu percaya kepada Tuhang. Tuhang itu Allah. Allah yang akang membangungkang negara ini. Kung fayakung, kata Allah, maka majulah negara ini. Ini wajik kita berimang. Percaya kepada Allah ini rukung imang.
Wartawan: YB menteri, apakah kementerian YB berperanan dalam mengatasi wabak COVID-19 sekarang ini?
YB Menteri: Tidak...tidak...untuk kali ini mungkin tidak terlibat kerana COVID-19 tiada kaitan dengan musang king. Kita kena faham tu.
Wartawan: Soalan terakhir untuk Tuan Presiden. Apa manifesto kerajaan pintu belakang dan atap ini? Rakyat mahu tahu.
Guru tok: Islang itu lebih jauh dari manifesto. Waktu kerajaang umayyah berperang dengang kerajaang Abasiyyah dulu, mereka berperang bukang pasal manifesto pung. Perjanjiang hudaibiyyah di antara puak Islam dan musyrikin berlaku bukang kerana manifesto. Tuhang tak tanya kita tentang manifesto bila kita mati nanti. Contohnya, nelayang dapat ikang atau sotong, mereka tak pernah ada manifesto. Itu semua rezeki Allah beri. Siapa mahu buat manifesto....kite tak larang...biar ke die...biar ke die...
Wartawan: Terima kasih tuan presideng dan YB menteri atas jawapan yg tidak pernah kami dengar dari mana-mana menteri sebelum ni..terima kasih banyak..
Guru tok: Teeeheheeee...nampak tak beza kebijakan kami dari mereka? Takbirrrr!!
YB Menteri: Allahu Akbar!!
Sekian, catatan dari tok.
TOK USIN