MALANGNYA KERAJAAN PINTU BELAKANG YANG SENGAJA TEMPAH BALA




Dulu kita ada PM seorang doktor.  TPM pun seorg doktor.  Menteri kesihatan dan timbalannya pun seorang doktor.  Maka, tak pelik kalau kjaan waktu itu dpt kepujian dari WHO kerana pantas tangani isu COVID-19. 

Tiba2 perompak dan pengkhianat datang merampas mandat rakyat.  Mereka gila kuasa hinggakan sanggup khianat kpd mandat rakyat dalam situasi COVID-19 begitu serius ditangani oleh kerajaan.

Bila mereka dapat kuasa, mereka tidak pedulikan lagi situasi semakin runcing akibat COVID-19.  Mereka sibuk pula berebut jawatan menteri.  Seminggu lebih kerajaan pintu belakang tiada menteri kecuali seorang PM yang diri dia sendiri pun bukan sihat sangat.  Ketiadaan menteri kabinet di dlm kerajaan termasuk kementerian penting di dlm menangani isu COVID-19 seperti kementerian kesihatan, kementerian luar, kementerian dalam negeri, kementerian perdagangan dalam nwgeri dan hal ehwal pengguna serta lain-lain kementerian yang berkaitan, maka pegawai2 dan kakitangan yang sepatutnya bertungkus lumus menangani isu besar ini seperti tidak terurus dan kelamkabut.  Mereka hilang punca kerana tiada dasar baru atau arahan baru oleh menteri. 

Benar, wabak ini melibatkan banyak negara di seluruh dunia.  Tetapi banyak negara dapat mengawalnya kerana mereka ada arahan yang jelas dari menteri mereka untuk dijadikan panduan.  Malangnya, negara kita seminggu lebih tanpa ahli kabinet dek kerana berebut kuasa selepas mereka merampasnya dari kerajaan PH.  Menteri ramai sehingga 70 orang, itu pun masih tidak cukup untuk memberi upah kepada MP-MP yang lain kerana membantu kerja khianat tersebut.  Masih berbunyi di kalangan mereka yang tidak dapat upah jadi menteri. 

Itulah jadinya kerajaan yang tidak diberkati.  Rakyat menjadi mangsa akibat kerasukan dan kejahatan mereka.  Kini kita ada PM yang hanya boleh beri nasihat jangan keluar minum kedai mamak.  Itu saja.  Tentu mereka menyesal kerana merampas mandat rakyat kerana mereka fikir mereka boleh tidur lena setelah jadi PM dan menteri.  Penyesalan sudah terlewat.  Rakyat telah dimangsakan. 

WFAUZDIN NS


No comments: