Covid Tak Covid, Perancangan Politik Peribadi Mereka Tetap Berjalan.*



Pemecatan YB Senator Dato Marzuki sebagai Setiausaha Agung Bersatu telah dibuat melalui satu surat bertarikh 18 Mac 2020 yang ditujukan terus kepadanya. Ia salah satu dpd bom jangka yg meletup di tengah-tengah keributan negara menguruskan penularan wabak Covid-19

Sejurus membaca berita itu, saya langsung menghubungi sahabat saya ini bagi mendapatkan pengesahan. Senator Dato Marzuki mengesahkan. Saya tergamam. Yakinnya kamu memecatnya! Ternyata ini satu bentuk hukuman atas kesetiaan Senator Dato Marzuki kepada Tun selaku Pengerusi Bersatu.

Jelas, terang lagi bersuluh, tiada istilah "henti-hentilah berpolitik, sekarang kita perlu tumpu kepada negara". Pada saya ini hanya manisan mulut guna melalaikan dan penuh beracun.

Daripada sini, kita akan melihat siapa manusia2 yang benar2 ikhlas dalam perjuangan Bersatu. Melompat kerana ikhlas dan sedar atau kerana kedudukan dan projek.  Apakah untuk negara atau hakikatnya untuk  diri dan kelompok mereka sendiri. 

Perkembangan ini jelas membuktikan tiada pakatan sulit di antara Tun dengan TSMY seperti yang didakwa oleh sebahagian ahli dan pemimpin Bersatu (team TSMY) bagi meyakinkan ahli-ahli Bersatu di bawah bahawa kononnya tindakan TSMY adalah atas arahan Tun.

Juga tidak benarlah seperti yang dimomokkan oleh kumpulan pengkhianat bahawa mereka sebenarnya adalah pro Tun.

Pada saya mereka tidak lebih daripada pro kepada  niat dan nafsu mereka untuk berkuasa dan menjawat jawatan penting negara. Sebab itu, pd ketika Harapan mengisytiharkan Tun sebagai PM dalam Muafakat Harapan 7 Januari 2018, team pengkhianat ini dilaporkan telah walk out meninggalkan dewan konvensyen sebagai tanda protes. Setelah Harapan berjaya dalam PRU14, geng ini juga yang rapat membodek Tun sekalipun terpaksa menghina Presiden parti mereka sendiri di dalam dan di luar mesyuarat. 

Kasihan Tun, dikelilingi oleh opurtunis-opurtunis politik yang akan terus menyedutnya selagi boleh. Doa saya, agar teman2 saya daripada kalangan Bersatu yang masih keliru dan sengaja mengelirukan diri masing2 agar segera SEDAR dan INSAF. Dihadapan anda bukan delusi, bukan cobaan, bukan perancangan Tun ; tetapi sebaliknya Khianat atas kepercayaan dan Amanah yg diberikan oleh parti dan rakyat.

Saya bangga terhadap Syed Sadiq, meskipun beliau masih muda, digelar Menteri Budak dan macam2 lagi, namun jelas beliau jauh lebih fasih, faqih dalam memaknai SETIAKAWAN DAN PRINSIP dalam perjuangan. Beliau anak muda yg telah lulus ujian.

Demikian sahabat saya Senator Dato Marzuki, saya mendoakan beliau terus kuat dan tabah. Usahanya bersama rakan2 Bersatu yg lain dalam MENYELEMATKAN BERSATU adalah satu usaha yg perlu kita semua berikan sokongan padu. 

Yakinlah, kalian tidak bersendirian, kalian ada AlLah, kalian ada ahli2 Bersatu yang mukhlis dan kalian ada kami sahabat2 Harapan. In shaa AlLah. 

Fa'idza azamta fatawakkal alalLah.

AlLahul musta'an. 

#KembalikanMandatRakyat 
#KitaJagaKita 
#KekalTabah 🇲🇾

🅰️🅰️🅰️
20 Mac 2020, 14:02

No comments: