RAMAI SAINTIS YANG MENGAKU BAHAWA CORONAVIRUS (COVID-19) ADALAH CIPTAAN MANUSIA




CORAT CORET KISAH CORONAVIRUS


Dr Francis Boyle telah mengesahkan coronavirus adalah senjata biologi untuk persediaan Perang Dunia Ke-3

Dr  James Lyons Weller mengatakan virus ini bukanlah semulajadi tetapi dicipta di makmal hasil ubahusai daripada virus SARS yang diciptakan 100x ganda lebih bahaya.

Prof Vivek Perumal pula mengatakan coronavirus ini mengandungi gen HIV yang membuatkan sesiapa sahaja yang dijangkiti virus ini tidak akan sembuh dengan mudah.  Inilah hasil ubahsuai virus yang mereka curi untuk menghasilkan coronavirus yang sangat berbahaya.

11 MINGGU SEBELUM MEREBAKNYA CORONAVIRUS (COVID-19)

Pada 18 September 2019 iaitu 11 minggu sebelum Coronavirus merebak, Pegawai di Tianhe Airport di Wuhan telah mengadakan latihan kecemasan untuk menghadapi wabak Coronavirus.

Kenapakah mereka memilih Coronavirus dan bukannya virus lain?

6 MINGGU SEBELUM MEREBAKNYA CORONAVIRUS (COVID-19)

Pada 18 October 2019, iaitu 6 minggu sebelum Coronavirus merebak, sebuah persidangan “Event 201” telah diadakan di New York. Persidangan tersebut telah dianjurkan oleh “Johns Hopkins Center for Health Security” dan “World Economic Forum” bersama “Bill and Melinda Gates Foundation”.

Bill and Melinda Gates Foundation adalah dimiliki oleh “founder of Microsoft” iaitu Bill Gates.

Di dalam persidangan tersebut, mereka telah membuat ujikaji dengan menggunakan simulasi dalam komputer mengenai kesan kepada manusia sekiranya virus merebak. Komputer tersebut memberikan keputusan yang amat memeranjatkan. Komputer itu meramalkan bahawa 65 juta manusia akan mati akibat virus tersebut.

Pada hari yang sama iaitu 18 October 2019, seramai 10,000 askar dari 110 negara telah berada di Wuhan untuk menyertai acara sukan tentera.

Adakah acara tersebut dijadikan sebagai alasan untuk membawa 10,000 tentera ke Wuhan?

4 MINGGU SEBELUM MEREBAKNYA CORONAVIRUS (COVID-19)

Pada bulan November 2019, Negara Komunis China telah melancarkan Teknologi 5G di Wuhan dan juga di bandar-bandar yang berhampiran.

Teknologi 5G akan memberikan berbagai kesan buruk kepada manusia. 5G juga akan memberikan kesan seperti selsema dan demam. Sebab itulah ramai penduduk di Wuhan menunjukkan kesan seperti selsema dan demam.

Jadi, Kerajaan Komunis China akan menangkap semua orang yang menunjukkan kesan seperti selsema dan demam. Mereka akan memberikan alasan kononnya orang tersebut telah dijangkini Coronavirus (Covid-19).

VAKSIN UNTUK CORONAVIRUS (COVID-19) ADALAH LEBIH MERBAHAYA

Khazar Satanist @ Illuminati sedang membuat perancangan untuk menggunakan isu Coronavirus sebagai alasan untuk memastikan semua manusia di dunia ini disuntik dengan Vaksin.

AWAS!!!

JANGAN TERTIPU!!!

Mereka akan memasukkan berbagai jenis virus didalam Vaksin tersebut. Ada juga para saintis yang telah membocorkan rahsia dengan memberitahu bahawa mereka akan memasukkan sejenis RFID Chip yang amat kecil di dalam Vaksin tersebut. Ini adalah untuk mengesan lokasi anda dengan tepat.

KESIMPULAN

Negara China merupakan “testing ground” untuk Khazar Satanist @ Illuminati untuk menjayakan agenda jahat mereka iaitu “New World Order”. 

Kesemua “Virus” yang terdapat di zaman ini contohnya seperti AIDS, SARS, EBOLA, ZIKA, H1NI dan sebagainya adalah ciptaan manusia (Saintis tajaan Khazar Satanist @ Illuminati) dan dibuat di dalam makmal. Setiap tahun mereka akan menciptakan suatu “virus” yang baru dan akan menyebarkannya melalui suntikan vaksin yang kononnya untuk “berubat” penyakit tersebut. Sebab itulah “virus” tersebut tidak pernah wujud 100 tahun dulu malah ibu bapa kita juga tidak pernahmendengarnya sewaktu mereka masih kecil.

Penciptaan “virus” tersebut adalah sebahagian daripada “Agenda 21” dari United Nations (UN). Apakah itu “Agenda 21”?

“Agenda 21” ialah untuk “mengurangkan jumlah penduduk dunia” sehingga hanya tinggal 500 juta sahaja. Untuk pengetahuan anda, penduduk bumi kini berjumlah 7.3 billion orang. Jadi mereka sebenarnya bercadang untuk membunuh lebih 6.8 billion manusia.

Artikel asal :
http://bumiyangtercinta2.blogspot.com/2020/01/terbongkarnya-misteri-novel-coronavirus.html?m=1



No comments: