KENYATAAN MEDIA



4 Januari 2020

Majlis Perbandaran Kuantan telah memberikan Hadiah Besar kepada warga-warga Kuantan selepas menyambut ketibaan tahun 2020, iaitu meningkatkan beberapa caj dan bayaran lesen yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Dengan izin, saya menyenaraikan beberapa kenaikan yang dibuat oleh Majlis Perbandaran Kuantan:

1. Peningkatan lesen Papan Tanda berlampu sebanyak 300%
2. Peningkatan 15% untuk lesen perniagaan
3. Caj Letak Kereta harian, bulan dan tahunan meningkat di antara 30-40%
4. Caj Tempat Letak Kereta Teluk Cempedak yang meningkat 20%
5. Lesen Rumah Sarang Burung walit meningkat sebanyak 400%

Ini hanya sebahagian daripada kenaikan harga.

Tindakan untuk menaikkan harga lesen perniagaan secara mendadak terutamanya ketika keadaan ekonomi yang meleset adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Tambahan pula, perlaksanaan peningkatan harga ini tidak pernah berdialog atau memaklumkan kepada warga Kuantan terlebih dahulu tetapi dilaksanakan secara rahsia dan peniaga hanya sedar selepas membuat bayaran. Ia telah menyebabkan ahli peniaga tidak dapat membuat perancangan perbelanjaan dengan baik.

Selain daripada itu, cukai tanah yang dikenakan oleh Pejabat Tanah Daerah Kuantan juga meningkat sebanyak 300 %. Ekonomi yang meleset disebabkan perang perdagangan antara Amerika dan China, tambah pula dengan kenaikan cukai seperti ini amat membebankan rakyat.

Kami berasa bahawa tindakan Majlis Perbandaran Kuantan dan Pejabat tanah telah merosakkan persekitaran perniagaan Bandar Kuantan dan negeri Pahang. Yang lebih serius ialah ia akan melemahkan daya saing negeri Pahang dalam jangka panjang, melambatkan atau bahkan menghalang pembangunan ekonomi Pahang. Adakah lebih perniagaan yang terpaksa menamatkan perniagaan dan kedai kosong yag semakin meningkat dapat memberi manfaat kepada Majlis Perbandaran Kuantan? Kenapa perusahaan sederharna dan kecil dibebani pada masa yang sukar ini? Adakah ahli Majlis pernah menyuarakan kesukaran dan kepahitan rakyat kepada Majlis?

Untuk itu, kami berhasrat untuk menghimpunkan semua ahli perniagaan Kuantan dan warga Kuantan melalui penganjuran Persidangan Perkongsian Persekitaran Perniagaan Bandar Kuantan pada 12 Januari (Ahad). Ia bertujuan mencetuskan idea untuk ekonomi dan persekitaran perniagaan di bandar Kuantan. Dengan kehadiran semua organisasi Perniagaan, Persatuan dan warga Kuantan yang diundang secara meluas pada masa itu, saya yakin bahawa Majlis Perbandaran Kuantan dapat mendengar suara rakyat dengan menghimpukan suara-suara daripada pelbagai lapisan masyarakat!

YB Lee Chean Chung, ADUN Semambu
YB Sim Chon Siang, ADUN Teruntum
Mohd Yazid, Penyelaras Parlimen PH Paya Besar

#Kuantan #MPK

No comments: