Sahabat Anwar..
*MAJLIS PRESIDEN vs TUN M*
Kalau ada yang marah aku kutuk Majlis Presiden semenjak Dr. Maszlee letak jawatan, terpulanglah. Tapi aku nyatakan kebenaran. Majlis Presiden hilang fungsi. Bukan Majlis Presiden tapi dah jadi Majlis Khadam Firaun dah.
Pada awal penubuhan PH, kita diyakinkan bahawa Perdana Menteri tidak akan berkuasa penuh. Majlis Presiden akan menjadi badan yang memantau perjalanan PM. Malah, keputusan yang ktitikal akan dibuat secara bersama.
Kemudian mereka dalam Majlis Presiden disuap dengan jawatan sebagai Menteri kanan. Sekarang apa? Mereka bukan saja tidak memantau tingkah PM, bahkan mengulang-ulang ayat 'kuasa prerogatif' itu.
Kamu dah sama dungu macam BN!
Lihat sahaja isu peralihan kuasa. Mahathir boleh suka-suka tukar. Sekejap 2 tahun, sekejap 3 tahun. Kemudian lepas APEC. Majlis Presiden buat apa? Jadi patung bisu! Bebal! Kenapa tak tegur Mahathir? Kenapa tak tetapkan tarikh?
Semua takut hilang jawatan. Bongok! Masa Dato' Seri Anwar dalam penjara, kamu yang jaja namanya ke sana ke mari sebagai bakal PM jika PH berkuasa demi meraih sokongan rakyat. Kamu janji Mahathir cuma interim.
Tapi kemudian kamu jadi lalai. Kamu biarkan Mahathir jadi diktator semula. Sekarang tengoklah! Kamu dah sama taraf dengan Ahmad Maslan. Bodoh tak bertebing. Sanggup tunduk patuh pada Sang Mahafiraun.
Dr. Maszlee letak jawatan hanya amaran daripada Mahathir apa yang dia boleh buat kepada Majlis Presiden. Maka Majlis Presiden pun terketar. Takut hilang elaun berpuluh ribu. Takut jadi miskin semula. Lupa terus asal usul!
Alasan nak jaga perpaduan konon. Itu sebab aku kata kamu bodoh! Kalau kamu nak jaga perpaduan, maka tetapkan pendirian. Tegur Mahathir. Ingatkan dia yang Majlis Presiden masih ada. Tindakan bisu kamu hanya pecah-belahkan PH yang sememangnya retak!
Tak sangka. Yang konon tidur baring atas jalan pun jadi lupa perjuangan lepas tidur atas tilam empuk. Penakut nak bersuara. Sudahlah. Kamu semu sama taraf dengan lebai dan penyamun UMNO. Tiada beza.
Majlis Presiden ooi! Ingatlah! Kamu nikmati hidup kamu hari ini kerana kami rakyat yang beri. Dan kami boleh ambil kembali. Bersedialah. Teruskanlah bodek Mahafiraun. Semoga kamu juga dibinasakan bersama dia nanti...