BERGAMBAR : SEPETANG DI PERMATANG PAUH





Tanyalah rakyat jelata, terutamanya golongan yang berpeniagaan sendiri atau mencari upah - kebanyakan mereka akan menyatakan bahawa mereka terkesan dengan himpitan harga barang dan keadaan ekonomi semasa.


Tiada sesiapa yang merasakan reformasi institusi harus dikesampingkan. Hanya Allah yang tahu betapa saya memperjuangkannya dan mendambakan perubahan untuk sistem yang memangsakan saya. Atas alasan itu juga saya kini mengetuai Kaukus Reformasi Parlimen dan akan terus memperjuangkannya agar hak-hak sivil diperkukuh dan institusi kehakiman yang bebas.

Tetapi apa yang perlu difokuskan adalah aspek Malaysia secara keseluruhan. Dalam masa sama, masalah kemiskinan di bandar dan desa harus ditangani dengan efektif. Rakyat tidak hiraukan kepayahan dan kerumitan dalam melaksanakan reformasi Parlimen jika tidak diyakinkan apakah akan ada makanan dan tempat berteduh untuk anak-anak mereka.

Dalam kesibukan kita menekankan perubahan institusi, jangan pula kita remehkan mereka yang berada di luar sistem, yang tidak ada akses kepada media semasa atau media sosial, yang tidak mempunyai platform. Sekiranya kita terus berbuat sedemikian, golongan ini akan terus dipinggir dan dihampakan.