Pakatan Harapan Kampar hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii kerana mengeluarkan kenyataan berunsur ancaman.
Razlan didakwa membuat hantaran berbunyi “elok ditembak puak-puak DAP” di akaun Twitter miliknya pada 15 Mac lalu.
Laporan itu dibuat bagi menggesa polis menyiasat sama ada hantaran itu melanggar Seksyen 504 di bawah Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan serta Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah.
“Kami menggesa PDRM supaya segera menyiasat Razlan Rafii kerana twit tersebut bukan sahaja menyebarkan kebencian ia juga boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara.
“Selain itu ugutan bunuh itu juga akan mengancam keselamatan diri ahli-ahli DAP,” kata PH Kampar dalam kenyataan, hari ini.
Sabtu lalu, Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman menggesa pihak polis menyiasat Razlan berhubung hantaran berkenaan.
Mohon PDRM siasat.
Tidak melambangkan seorang pemimpin UMNO.Perbezaan pendapat itu biasa, jangan sampai keterlaluan. https://t.co/rf20KB9s0R— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) March 16, 2019
“Mohon PDRM siasat. Tidak melambangkan seorang pemimpin Umno.
“Perbezaan pendapat itu biasa, jangan sampai keterlaluan,” katanya.